Monday, October 31, 2011

Seri Kejora : Plaster Siling + Cornice

Best je rasa tengok kejiranan kita. Ramai yang dah pindah. Selamat Datang untuk semua pemilik Seri Kejora yang dah masuk rumah dan dah mula bermalam di sini. Amacam, best tak suasana kejiranan kita pada waktu malam? Sejuk ke? Panas ke? Bising ke? Damai ke? Kongsila skit dengan kawan2 lain.

Banyak jugak tengok rumah yang tengah dok pulun renovate rumah, ada yang buat cornice, kitchen kabinet, grill, dan yang paling best skali tengok kaler rumah......macam2 ada, biru, purple, grey, coklat, oren, merah, itam dan lain2.

Entry kali ni nak share skit pasal plaster siling dan cornice. Alhamdulillah rumah saya dah siap plaster siling dan cornicenya. Nak kata cantik, konfirmla cantik kan, dah rumah kita.....nak kate mahal, xla sangat......berbaloi la. Bole dikatakan 95% kerja renovation dibuat oleh kontraktor bumiputra. Cuma tutup laluan dapur je Mah Sing yang buat. Tak boleh diperkecilkan jugak la bakat kontraktor bumiputra ni. 

Plaster Siling, saya buat dengan Mr. Aziz, so rasenya nak kongsi hasil kerja beliau dengan kawan2 lain. Mungkin nampak simple, tapi tu citarasa masing2. Rumah saya ni menggunkan cornice bersaiz 4inci tanpa bunga dan 2 bunga, 1 kat ruang makan dan 1 kat ruang tamu. Aziz gak bagi fram berbunga untuk menyerlahkan lagi suasana siling. 

Actually saya pun x berapa tau pasal design2 ni, so bnyaknya di advice oleh kontraktor, dalam kes siling ni, Aziz la yang syorkan designnya. Katanya, patern skang bnyk yang guna tanpa bunga, so kita pun ikut jela.......hasilnya cantik gak. So mesti ada kawan2 yang guna cornice berbunga, so confirm lagi cantik........yela citarasa masing2 kan?

Puas rasa hati bila tengok finishing Aziz ni, budak2 dia pun rajin dan mudah bawak berunding. Saya ni rumah sewa dekat je, so hari2 datang tengok progress rumah. Kenkadang tu sempatla tengok camne diorang pasang plaster siling dan cornice, memang teliti dan cermat. Kesian plak tengok budak2 yang buat kerja, so kenkadang tu belikanla air untuk diorang ni. Saya pun nak syorkan kat sini, kalau kawan2 nak jaga hati budak2 ni, belilah air ke jajan ke skit bagi kat depa. bila hati depa suka so hasil kerja pun mesti terbaeeek kan. Strategy tu.........

Tadi saya bayar balance payment kat Aziz, so dia ada cakap dia kan bagi harga yang berpatutan pada yang nak buat dengan dia. So duit ditangan anda, bakat kepandaian ada di tangan kontraktor, so pilihla yang terbaik ye.


Wednesday, October 26, 2011

Seri Kejora : Surface Info Untuk Projek Mengecat

Slalunya bila dah sampai proses mengecat, maknanya tak lama lagi nak rumah la kan, tapi tu sume terpulang pada strategi masing2. Ada yang semua buat serentak, ada yang last skali buat kabinet dapur, ada yang bagi kontraktor catkan.

Pada yang berduit lebih, x payah susahkan diri, suruh je orang buat. Ada yang kurang duit, beli cat tapi suruh org catkan. Ada yang beli cat sendiri, cat pun dia sendiri. Semuanya ada kelebihannya.

Entry kali ni ditujukan khas pada kawan2 yang belom cat rumah, dan berniat untuk beli cat sendiri. kerja2 mengecat mungkin ada yang nak cat sendiri atau upah org buat. Ada sedikit info untuk anda semua.

Hati ni tertanya2, berapa banyak cat yang nak dipakai untuk cat keseluruhan rumah kita, so tadi pi la jenguk2 tukang cat yang tengoh dok stim mengecat rumah....hahahaha. Tanya la bro tu pasal cat ni. Katanya, untuk cat seluruh rumah, perlukan 5 tong (5 liter setiap tong) untuk kerja2 mengecat. 2 tong diperlukan untuk menegcat ruang tamu, ruang makan dan lain2. Untuk bilik pulak, dianggarkan 1 tong perlukan untuk setiap bilik. Tu kata si tukang cat.

Kebetulan plak tadi, pi minum petang kat sungai buloh. Hujan2 plak, kene mee hailam memang lentok la dibuatnya. 

 
Sempat singgah kedai cat kat Taman Industri Sungai Buloh, saja nak korek info, tanye punya tanya, borak punya borak, depa plak kata setiap 1 liter cat mampu mengecat ruang seluas 100kaki persegi. Itu standard katanya. So bila ditanya keluasan rumah kita, katanya 3 tong dah cukup untuk mengecat semua ruang dengan satu layer sahaja. Cat ni pun katanya ada yang boleh cat 1 layer dah ok, dan ada yang kene guna 2 layer baru tak berbelang2. So dia pun marketla brand2 cat yang ada kat situ, KCC, NIPPON, MR PAINT. 3 je brand yang dia jual. 

Dia pun tunjukan sampel yang di cat di dinding kedai tu, ada nampak different antara brand2 ni. NIPPON kene pakai 2 layer, kalaer jadi mengancam. KCC plak, pakai 2 layer sama seperti kaler MR PAINT dicat 1 layer. MR PAINT plak gune 1 layer atau 2 layer x nampak bezanya. DIa kata MR PAINT ni bagus sebab ekonomi. Entahla.....mungkin tu marketing strategy depa.

 
Kalau ada kawan2 yang ada info berguna pasal cat ni, boleh la dikongsi bersama. Sebelum terlupa, Tukang cat dan mamat kedai cat ni ada bagi 1 nasihat yang sama. Kata mereka "Jangan beli cat terlalu banyak, takut membazir, beli cukup2 atau sikit2 sebab kalo x cukup boleh beli dalam tin 1 liter". Emmmmm betul gakkan....nak sedekah kat sape cat yang balance2 tu. nak cat kandang kambing, kambing pun pelik tengok cat bercapuk2....hahahaha

Tuesday, October 25, 2011

Seri Kejora : Peringatan Untuk Renovation

Lame tak update blog ni pasal tak jumpa isu yang sesuai untuk di ketengahkan, namun tadi berkesempatan bersua muka dengan En. Omar (Kontraktor Seri kejora). Dah terjumpa tu, saya timbulkan isu bilik masuk air, so ikut kata beliau, air tu masuk dari tingkap tepi bilik master. So, diorang dah ada solutionnya, silicon akan dipasang apabila barang yang diorder dah sampai. So kepada semua pemilik rumah, tolong communicate dengan En. Omar untuk pemasangan silicon ni.

Lepas jumpa En. Omar, menjenguk ke rumah yang hampir siap di renovate dan terjumpa plak satu masalah, masalahnya ialah penutup lubang air untuk bilik air xda, so kalau kita jenguk dalam lubang saluran air keluar tu, akan nampak trus ke rumah bilik air rumah bawah. Jumpe dengan En. Faizal dan inform kat dia, dia pun naik ke rumah dan on the spot update perkara tu kepada kontraktor terlibat. So kepada kawan2 lain, check la penutup ni sebab dah terdapat 2 kes penutup ni xda. make sure penutup saluran air kita ada dan penutup saluran air rumah atas kita pun ada. Ni penting sebab, kalau xda penutup, samada rumah kita basah atau rumah bawah kita basah. Rasenya x salah kita berjiran ni saling tolong menolong, kebaikan dikongsi bersama.

Sebelum tu, En. Faizal ada pesan kalau boleh bgtau kat semua kawan2 yang kalau boleh tolong ingatkan kontraktor kita yang renovate rumah agar jaga sisa2 renovation dari mengalir terus ke lubang saluran air, x kiralah samada, di dapur, bilik air, tandas ataupun yard. menurut En. Faizal, dah ada kes pun saluran air tersumbat di blok 3. So, mintak jasa baik kawan2 untuk ingatkan dan kalau boleh pantau kerja2 kontraktor agar perkara yang lebih buruk x berlaku. InsyaAllah kita jaga sama2 kawasan kejiranan kita.

Sempat jugak saya bertanya tentang pelapik tangki air di setiap atas blok kita, sebab ada dengar cerita yang hanya blok 1 dan 5 sahaja kesemua pelapiknya di ganti, blok lain cuma 2 tangki shaja diganti. Tadi En. Faizal konfirmkan yang khabar angin tu x betul, untuk makluman semua, keseluruhan blok telahpun diganti pelapik tangki airnya. So boleh lah kita menarik nafas lega.

Gambar dibawah takda kena mengena dengan cerita di atas
(Sekadar berkongsi hasil kerja dari Charm Kitchen)

 Kabinet Dapur Bawah (8x6)

Kabinet Dapur Atas (8kaki)

Rak Pinggan (FOC)

 Kabinet Kecil Atas Peti Ais (FOC)

 Drawer 3 Tingkat & Aluminium Frame (FOC)

 Pintu Kabinet Berkaca - untuk atas hood (FOC)

Thursday, October 20, 2011

Seri Kejora : Bila Gendang Di Palu, Apa Reaksi Ular?????

Berikut adalah salinan surat yang saya hantar kepada pihak yang saya fikir terlibat dan, surat tersebut telah menarik minat Y.B. Tuan Ir.Iskandar Bin Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengusan Bangunan Dan Setinggan. Surat susulan telah beliau hantar kepada WHb dan diberi salinan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg. Dato' Haji Mohd. Jaafar Bin Atan.
 


Berikut pula, adalah surat balasan dari pihak WHB kepada Y.B. Tuan Ir.Iskandar dan sesalinan kepada saya.

 Anda mungkin punya pandangan tersendiri, fikirkanlah samada perkara yang sama berlaku ke atas anda atau sebaliknya, inilah yang terjadi kepada kebanyakan pengguna di Malaysia. Kita akan tetap dipersalahkan walaupun segala bukti berada dalam tangan, segala cerita boleh diolah dan agar kelihatan betapa hebatnya si penjual. So dimanakah yang dikatakan "Customer Is Always Right". Mungkin itu bukan disini.....

Kongsikan pandangan anda disini kerana pemaju memberi alasan  :

"Tiada majlis penyerahan dilakukan disebabkan bukan semua pembeli mempunyai kelapangan masa untuk mengambil kunci pada waktu yang sama" 

Tapi kenapa sampai sekarang masih ada lagi pemilik yang masih belum dapat kunci? berapa ramai yang masih tertunggu2 surat dari WHB untuk kunci diambil? Berapa ramai yang dok asyik call WHB bertanyakan kunci bila nak dapat? Berapa kali WHB memberi alasan bodoh untuk tidak menyerahkan kunci kita? Berapa ramai yang terpaksa tanggung hutang bank dan pada masa yang sama bayar sewa rumah? Dan akhir skali, berapa ramai yang asyik dok diam je walaupun kita tau semua ni salah dari segi kepenggunaan.....

Bersuaralah wahai sahabat, saya dah sediakan medan untuk kita, terpulang pada anda samada terus maju ke depan mempertahankan hak atau cuma tengok dan lihat atau terus berundur dan persetankan semua ini.
 

Sunday, October 16, 2011

Seri Kejora : Site Supervior (Arah Cergas) Yang Baru

Semalam saya berpeluang berjumpa face to face dengan site supervisor dari WHB (En. Faizal) dan Arah Cergas Sdn Bhd (En. Omar), banyak yang disembangkan. Alhamdulillah, rumah saya dah siap diperbaiki dan kunci pun dah diserahkan.

Dalam dok sembang tu, banyaklah gak isu yang kami borakkan. antaranya :

1. Kompressor Air-Cond nak letak mane? kene letak di tepi rumah, bukan di depan rumah
2. Awning untuk tingkap ruang tamu boleh buat tak? bole, tapi warne merah untuk keseragaman
3.Bole ke tutup tingkap dapur? Di nasihatkan jgn tutup, untuk pengudaraan dan kelulusan STRATA
4.Awning untuk yard camne? boleh dikeluarkan sehingga 1kaki setengah je.
5. Paip air, selak pintu dan shower yang belum dipasang ? akan dipasang mulai sekrang secara berperingkat
6. Lubang exhaust fan? boleh dibuat di dapur.
7. Banyak lagila, dah x ingat nak citekan.

Untuk pengetahuan semua, dengan tekanan dari pemilik dan pihak site office WHB, kontraktor telah menukar site supervisor yang dikatakan terlalu lambat untuk menyelesaikan defect kepada site supervisor baru iaitu En Omar, En. Omar ni kalau kita jumpe boleh di ajak berunding dan sangat bertimbang rasa. so kalau ada apa2 boleh direct call dia di 017-2533204.

Saya dah mintak permission daripada En Omar untuk mereleasekan contact numbernya kepada kawan2 yang lain, tapi kita perlu ingat, untuk direct call bertanyakan tentang masalah defect kita, apa yang perlu kita buat ialah,

1. Isi form aduam deffect dan dah diserahkan kepada site office.
2. Kunci rumah dah siderahkan kepada site office.
3.Untuk memudahkan kerja2 pembaikan, sila rujuk disini

Sebelum terlupa, kontraktor memintakita  sedikit bersabar kerana mereka menggunakan sistem "First come, First serve", tapi sebagai pemilik kita ada hak untuk bertanyakan bila rumah kita punya turn.

Saturday, October 15, 2011

Seri Kejora : Berapa Untung Worldwide?

Petang tadi, balik dari melawat rumah, dok belek2 website cari CONGUAS Standard. Standard ni menarik minat saya bila pihak kontraktor pemaju (Arah Cergas Sdn Bhd) menceritakan serba sedikit menegnainya. Tapi ni standard untuk Singapura ! Takkanlah Malaysia takda standard sendiri, cari punya cari, belek punya belek, rupanya Malaysia juga ada standard yang ditetapkan, dipanggil QLASSIC. Badan yang bertanggungjawab ialah CIDB

Sesuatu yang menarik saya jumpa di laman web CIDB tentang project Seri Kejora.


Tengok betul-betul item yang dikotakkan berwarna merah. Projek yang diberikan oleh pemaju Worldwide Holding Berhad kepada Arah Cergas Sdn Bhd bernilai lebih RM 20 juta, projek ini merangkumi :
1. Apartment Kos Sederhana (254 unit)
2. Pencawang Elektrik.
3. Padang Bola.

Saya syak apartment yang dimaksudkan adalh Seri Kejora kerana apartment kita memang ada 254 unit rumah pun seperti yang dipaparkan di website WHB.

Jom kita buat kira2 skit
Nilai Projek yang diberikan kepada Arah Cergas = RM20,657,589.61
Jumlah harga untuk 254 unit dgn harga RM120,000.00 = RM30,480,000.00.
Perbezaan Nilai Projek & Jumlah Harga Rumah =  RM9,822,410.39

Katakanlah, nilai padang bola dan pencawang elektrik adalah RM700,000.00

So, RM9,122,410.39 adalah jumlah yang boleh dikatakan keuntungan yang diperolehi oleh Worldwide Holding. Ini adalah kiraan kasar yang terlintas di fikiran saya agar kita semua boleh berfikir, berbaloikah dengan harga yang kita bayar dengan keadaan rumah yang kita dapat. Finishing memang out. Tu pun masih nak cut cost lagi ke?????

Brapa pulak untung yang Arah Cergas dapat?????

Thursday, October 13, 2011

Seri Kejora : Kerja-kerja Penggantian Pelapik Tangki Air Giat Di Jalankan

Lewat petang tadi lebih kurang jam 6.30, saya telah melawat ke Seri kejora untuk mengupdate diri tentang keadaannya. Seperti yang di informkan kepada saya, kerja kerja pembaikan tangki ini akan dimulakan pada kelmarin, dan kelmarin kerja-kerja menurunkan kepingan steel dari lori ke perkarangan Seri Kejora dilakukan.

Tadi, kren sudah kelihatan, tangki dari atas blok telah diturunkan, kepingan steel telah diangkat naik, pelapik yang patah dari atas blok juga telah kelihatan. Ini bermakna, penggantian pelapik tangki air ini boleh dikatakan sedang giat dijalankan.....Syukur Alhamdulillah.

 Kren yg digunakan untuk menurun dan menaikkan bahan2 binaan

 Tangki2 yang diturunkan bagi membolehkan penggantian pelapik tangki air dilakukan

 Kepingan steel yang digunakan untuk menggantikan pelatik yg sedia ada

 Akibat penjimatan kos, inilah pelapik yang digunakan. Lihatlah betapa rapuhnya material ini.

 Tangki air yang diturunkan.

Untuk pengetahuan semua, kos bagi penggantian ini berharga RM205,000.00 atau mungkin lebih.

Pemaju Tak Boleh Culas


KERAJAAN akan meminda akta perumahan sedia ada bagi mewajibkan pemaju membuat permohonan mendapatkan hak milik strata bangunan dalam tempoh enam bulan selepas surat perjanjian jual beli (SNP) ditandatangani.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung memberitahu Dewan Rakyat semalam, pindaan itu akan turut membolehkan sijil terbabit diperoleh pembeli rumah serentak ketika mereka menerima semua dokumen pembelian yang berkaitan termasuk sijil layak menduduki (CFO).

“Kementerian saya dalam proses menambah baik dan membuat pindaan kepada akta sedia ada. Kita sedar perkara ini (pemilikan sijil hak milik strata bangunan) menjadi satu masalah yang sering dibangkitkan pembeli rumah berstrata.
“(Kerana) buat masa ini memang tidak wajib bagi pemaju untuk buat permohonan mendapatkan hak milik strata bangunan selepas menandatangani perjanjian SNP...sekarang ini lepas CF dikeluarkan baru mereka memohon.

“Itu pun kalau pemaju bertanggungjawab...tak apa...takut bila CF dah keluar, pembeli dah masuk rumah dan mereka tak buat (mohon hak milik strata)...ini memang masalah,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) kenapa kerajaan tidak menjadikan syarat kepada pemaju projek perumahan supaya mengutarakan permohonan sijil hak milik strata lebih awal. Dr Siti Mariah berkata, tanpa hak milik strata yang dikeluarkan Pejabat Tanah Daerah menyebabkan penduduk harta berstrata sukar membentuk Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB).
Kepada soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai tindakan ke atas kerajaan negeri khususnya di bawah pentadbiran pembangkang yang menyebabkan rumah mesra rakyat atau rumah untuk golongan kurang berkemampuan terbengkalai, beliau berkata akan mengambil tindakan susulan sekiranya menerima aduan.

Monday, October 10, 2011

Friday, October 7, 2011

Seri Kejora : Cornice & Plaster Siling

Petang tadi seperti biasa pi check rumah kat Seri Kejora, Panjat dari blok ke blok mencari idea untuk buat entry malam ni. Naik la tingkat 5 untuk tengok ape yang berlaku rumah paling atas ni, saya sebenarnya memang suke dok paling atas pasal kita tak dok kat bawah orang, orang yang dok bawah kita. Tapi pengajaran dok rumah sewa tingkat paling atas ni banyak mengajar baik buruknya.

Masa mula2 tengok Seri Kejora dalam bulan Disember 2009, saya dan isteri naik untuk tengok tingkat atas skali. Hati tu berkenan tapi memandangkan skang dok rumah sewa tingkat atas saya dan isteri buat keputusan turun tingkat bawah. Nak cerita la skit pengalaman saya, tingkat atas ni memang best sebab view yang cantik dan udara yang sejuk (kalau rumah kita sistem pengudaraan kita baik, Seri Kejora punyai sistem pengudaraan yang sangat baik), tinggi pun takde masalah sebab ada lift. Orang pun taklah dok pijak kepala kita (jangan marah ye sapa yang dok tingkat bawah tu), pendek cerita memang bestla. 

TAPI kelemahannya pun ada, 1. Bau busuk dari pun akan sampai rumah kita dulu. 2. kalau bocor, kita la yang kene dulu. 3. Kalau atap kita ada sistem pengudaraan yang baik, rumah kita sejuk dan berangin tapi di Seri Kejora, jarak antara atap dan siling lebih kurang 1 -3 kaki je, ni lah penyebab utama rumah akan jadi panas. Saya rase tingkat atas skali di Seri Kejora akan panas (Jgn marah, ni cuma andaian saja)

Balik pada cerita cornice tadi, hati tergerak naik ke tingkat 5 blok 2, saya dan isteri pun jalan sambil sembang. Sampai kat satu rumah, ade kontraktor tengah pasang cornice dan plaster siling, Kami pun mintak kebenaran  masuk nak tengok, cantik dia buat, penuh satu rumah sampai ke yard pun ada cornice (siap dengan box dan bunga kat tengah). Sembang dengan tokehnya, org melayu yang pada saya orang yang very humble dan saya yakin dia boleh buat kerja (andaian lagi).

Sebabkan budget kami suami isteri ciput, rasenya tak dapat nak buat plaster siling dan cornice kot tapi tanye la jugak untuk sedapkan hati. So saya pun tanya la tokeh, Aziz namanya, baik dan senang berunding. Aziz ni datang dari Bangi pasal tuan rumah yang dia buat projek tu pun dok kat Bangi. 

Part ni memang saya excited. HARGA. bila dia jawab harga untuk satu rumah full cornice dan bunga, terbeliak mata saya. Memang murah. Saya tak yakin, so tanya semula, betul ke ni????? Konfirm harga tu. Saya tanya lagi, "Ko biar betul ni Aziz ?". "Ye bang" dia jawab. MasyaAllah memang murah.

Saya dah survey banyak tempat nak buat plaster siling dan cornice, memang tak dapat harga yang Si Aziz ni bagi. Dalam excited tu, saya pun tengok dengan detail hasil kerje dia, Yes !!! memang boleh diharap dan dipercayai.

Yang bestnya, Aziz ni boleh cakap, "Ala bang, cornice ni murah je". Saya tau cornice ni murah, pernah pi tanya kedai cornice, sekaki dalam RM9.00 - RM11.00 je. So pada saya, kontraktor yang camni selalunya jujur........tapi xtaula plak kalau dia buat kes di kendian hari. 

Saya pun mintak no telefon untuk dikongsikan dengan kawan2 yang lain. Saya ada letak no telefon Aziz ni kat ruangan "Kontraktor Di Rekomen". Kalau ada yang perasan, saya dah reject Atan Grill sebab emel dari kawan kita yang mengatakan Atan ni buat hal kat rumah dia. So, saya taknak kawan2 terima nasib yang sama.

Kalau ada yang berminat, boleh direct contact Aziz. Rasanya kalau pandai nego, InsyaAllah ada la skit diskaun dia bagi. Tadi pun dia ada cakap, "Bang, kalau nak buat, kita boleh bincang lagi". Yang pasti harga dia memang murah compare dari kontraktor2 lain pernah saya jumpa dan saya survey. Lagi satu, yang buat ni org Islam, Kalau lah dia mulakan kerja dia dengan kalimah Allah, InsyaAllah ada la keberkatan kat situ.

So, esok sabtu, hari cuti. Kalau nak tengok, naiklah ke tingkat 5 blok 2. Kat situ boleh jumpa Aziz ni. Tengokla sendiri dangan mata kepala sendiri, kalau minat proceed, kalau tak, boleh cari lain. Yang pasti, memang berbaloi-baloi.

PERHATIAN : Saya cuma rekomen dan tak mempengaruhi keputusan kawan2 semua. Berani buat, berani tanggung. InsyaAllah saya pun akan buat dengan Si Aziz ni.

Thursday, October 6, 2011

Renovation Dapur : Episod Kitchen Kabinet

Ingin saya berkongsi pengalaman terhadap kitchen cabinet yang saya study dan survey, ini untuk penegtahuan saya pada masa ini dan mungkin akan datang. Seronok gak belajar pasal kitchen cabinet ni pasal ia melibatkan
1. Design
2. Material
3. Material Table Top
4. finishing pintu kabinet
5. Singki dan saiznya
6. Hood dan Hob
7. Saluran asap
8. Banyak lagi, tapi I'll try to explain one by one.

Untuk Seri Kejora, kita memang kene buat 8'X6' berbentuk L dengan kabinet bawah dan 8' untuk kabinet dinding, itupun bile satu laluan siap ditutup.

Material untuk table top ade banyak jenis, saya dapat study 3 daripadanya, solic surface, granite dan tile. Untuk solic surface, selalunya ai setebal 2 inci dan diperbuat daripada plastik dan batu yang dicampur bersama, kelebihannya, cantik yang sesuai untuk kerja2 ringan (Dry Kitchen). kelemahannya mudah calar, dan apabila calar ia akan mengeluarkan habuk dan kesan calar jelas sekali, untuk menghilangkan kesan calar ni, kita perlu licinkan keseluruhan permukaan tadi dan ini akan menyebabkan table top kita nipis. saya pernah try gores permukaannya dan inilah yang saya dapt simpulkan, calar dan berhabuk.

Granite pula sgt unik dimana permukaan ini akan dipotong mengikut bentuk yang pelanggan nak dan tiada sambungan dibuat (selalunya dipasang oleh pembekal granite di akhir kerja2 pembinaan). kelebihannya, granite tak mudah calar dan tahan lasak namun kelemahannya granite ni boleh menyerap air dan akan menyebabkan kebocoran kepada kabinet kerana air dapt melaluinya tapi taklah secara mendadak. sisa2 makan mudah menyerap masuk dan akan menyebabkan table top kita nampak kusam dan banyak bakteria.

Tile pula bina dengan menggunakan kerangka simen bertetulang dikebanyakan rumah. tile ni tahan lasak kerana disokong oleh konkrit td, kelemahanya, mungkin ada antara kita yang x suke melihat kerangka konkrit itu, kelebihannya banyak dari yang atas seperti mudah cuci, licin dan bersinar, tahan lasak, sesuai untuk kerja basah, ringan dan berat. tile ni ade banyak warna dan setiap warna berlainan harga. Kalo cina tu, dia akan recommend warna putih, katenye cantiklah, sesuai dengan kabinet lah, nampak luaslah dan macam2 lagi, yang kita tak tau ialah, putihlah berharga yang paling murah, RM10.00 sekeping, hitam RM28.00 sekeping. kalo tak percaya, cuba tengok semua rumah yang dia buat, konfirm warna putih.

Untuk pintu kabinet pulak, ade banyak finishingnya, arcyrilic, fomeca, melamin. Arcyrilic sangat bersinar dan pehhhhh memang cantik, ade hijau, merah, putih dan lain2 Finishing ni rumit untk dibuat sebab arcylic perlukan orang yang pakar dalam bidangnya dan perlu dilapis 2 kali sebelum arcyrilic dipasang diakhirnya. Kelemahannya, sangat mudah calar walaupun terkena sudu besi secara tidak sengaja dan satu lagi, dia ni memang mahal......kelebihannya cantik dan banyak pilihan warna.

Fomeca ini aku x pernah study tapi rupenya seperti kabinet yang kita beli untuk pasang siap tu, warna coklat terang atau gelap. alah........macam kebinet kasut kita beli kat Giant tu.

Melamin ini ada lagi banyak design, tapi mostly jalur2. kelebihannya x mudah nampak jika calar dan mudah dicuci, dan murah. Kelemahan entahla......xde kot.

Untuk pengetahuan semua, material pintu dan badan kabinet ni mostly diperbuat dari compress wood dan ada 2 jenis, halus dan kasar. yang halus ni mudah menyerap air dan banyak digunakan oleh produk IKEA, jgn sekali2 bagi terkena air, ia mudah kembang dan rosak. Jenis kasar ni bagus skit, di recommend untuk digunakan pasal habuk kayu yang digunakan kasar dan ada ruang kosong antaranya so air akan hilang dan bukan diserap. Dapat advice dari saudara, katenye kalau boleh buat dengan melayu pasal org melayu banyak guna virgin habuk kayu yang kasar tapi mostly cina akan gune habuk kayu yang kasar tapi disambung2, ala macam perca kain yang disambung kemudian dilapik dengan finishing pintu. Itu sekadar nasihatnya dari pengalaman kerja dengan cina dan melayu.

Singki ada banyak, steel, fiber dan aluminium, so terpulangla nak pilih yang mana. kedalaman singki pun ade banyak, slalunya kontraktor yang tahu hal ni tapi we have to know as a customer.

Next,Hood and hob pon ade byk jenis.Hood adalah penyedut asap.ade yang pendek ade yg panjang.pendek 2 kaki.standard size adalah 3 kaki.anda jangan tersilap beli.ade jgak jenis tebal dan ada juga jenis nipis.Fungsi hood ni pula ada 2 iaitu,ada yang mempunyai filter ada yang tiada filter.kalo ada filter ni die boleh menyedut asap,menapis minyak dan menghilangkan bau.So udara yang keluar bebas semuanya.Tapi mahal sikitla.Selalu jenama yang ada filter ni macam Elextrolux dan Zanussi.Kalo jenis Elba,Haier,Faber dan sebagainya selalu ada penapis minyak sahaja.So tak filter pon bau.Tapi,pilihan atas tangan masing-masing dan bergantung kepada budget.

Hob pula kalo kita tgk pada  lubang apinya.design sekarang adalah berbentuk spiral,so lubang-lubang apinya lagi besar dan banyak.kalo jenis lama.lubangnya bulat-bulat sahaja.So,Kalo guna spiral ni api pon besar orang rumah pon senang masak sebab confirm cepat masak lauknye.hehee.
Tapi sebelum nak beli,bincangla dengan orang rumah,sebab die yg nak masak nanti.hehehe.

Ada juga  kontraktor kitchen kabinet yang bagi bermacam-macam pakej.Ada yang bagi free aksesori seperti aluminum frame pada pintu kabinet, pemegang pintu, tempat letak pinggan, pintu bercermin, singki dan skirting pada kabinet atas. Ada juga kontraktor tak bagi langsung aksesori ni, tapi kalo customer nak add on,perlu bayar dengan harga yang lain.Tidak termasuk dalam pakej diberi.
 Based on survey saya, semua ini hanya ditawarkan oleh CHARM KITCHEN sahaja. Kontraktor lain contohnya kontraktor panel yang banyak rumah telah dibuat di seri kejora sekarang ni,tiada pon itu semua.Basic sahaja (Kabinet bawah  kosong tiada rak, pintu kabinet kayu tiada aluminum frame dan kabinet atas serta singki sahaja).

Kesimpulannya,anda boleh survey dan study dulu sebelum membuat pilihan berkenaan kitchen kabinet ni.Pastikan anda berpuas hati dengan material,hasil kerjanya dan design yang anda minati.

Mungkin Ini Harapan : Tunas Pertama

Pagi ini (6 Oktober 2011) saya mendapat emel balasan daripada Y.B DUN Kota Anggerik (N40) Y.B Dr. Haji Yaakob Bin Sapari tentang masalah Sri Kejora secara umumnya.(Baca Topik terdahulu disini)


So, dari emel di atas ternyata Y.B Yaakob bersungguh-sungguh untuk membantu kita dalam mencari jalan penyelesaiannya. Memandang kepada semangatnya, saya berkobar-kobar untuk meneruskan apa yang dipohon beliau kepada kita (Pemilik Seri Kejora).

Untuk makluman semua, saya lakukan semua ini atas dasar rela hati untuk mendapatkan hak saya dan pemilik yang lain dan juga ingin memberi pengajaran kepada mereka diluar sana yang mudah diperlekehkan pemaju yang rakus dan tidak bertimbang rasa.

Y.B telah memohon untuk kita berkumpul dan bersemuka dengan beliau tentang masalah kita ini. So, saya harap pemilik yang lain dapat memberi kerjasam yang sebaik mungkin dan kalau boleh jangan tinggalkan saya seorang diri bertemu Y.B Dr Yaakob.

Kita sekarang sudah sangat educated untuk menentang dan melawan demi hak kita yang harus kita dapat. Era sembang kedai kopi sudah lama berlalu dan sekarang kita harus berdepan face to face demi hak kita. Tolong jangan takut dan tampillah ke depan. Saya sangat harapkan keterlibatan anda semua untuk menjayakan misi kita ini bersama Y.B Dr Yaakob yang sanggup mendengar seniri keluhan hati kita. Beruntunglah kita mempunyai wakil sebegini.

Saya harap anda yang ingin tampil dapat memberikan nama, no telefon dan alamat emel kepada saya secepat mungkin ke alamat emel roy.zila@gmail.com untuk saya mengaturkan pertemuan kita bersama Y.B Dr Yaakob.

Buanglah sifat takut itu, kerana takut itu adalah batas penghalang untuk kita terus maju. Tolong ye kawan2 semua.

Wednesday, October 5, 2011

Isu Air Lagi

Pertanyaan yang bermain di kepala ramai antara kita ialah isu air Seri Kejora, dalam keadaan excited masing2 nak amik kunci rumah, langsung terlupa bab isu air ni. Membaca forum kawan2 di ruangan mytotal saya terpanggil untuk menggunakan semua saluran yang ada untuk mengetahui statusnya.

Ada yang call WHB dan staff kat sana cakap everything is OK, rasenye yang cakap macam tu ialah bahagian marketing, Mr Faizul Si Mulut Manis. Saya buat keputusan beli rumah ni pun sebab Si Faizul ni janji kata rumah dah boleh masuk pada bulan Oktober 2010 tapi HARAMMMMM......

Ok, berbalik kepada cerita asal, saya telah call Cik Aziah di WHB, minah ni rasenye Projek Manager menggantikan En. Rizzal yang telah dinaikkan pangkat untuk menjaga projek di Puncak Alam (rasenya). So, jam 4.30 petang td, saya call dan bertanyakan apa yang bermain di pikiran kita semua (based on Faizul punya cakap lah)
Saya : Saya ni pemilik unit di Seri Kejora, kawan2 saya tadi ada call WHB dan bercakap dengan Faizul, katenye isu air dan tangki tu sume dah settle, betul ke?
Aziah : Saya tak tau pun info ni. dari pagi td saya takde kat ofis. takpelah, kalo camtu saya akan tanye pada Faizul TAPI setahu saya isu ni belum settle lg.
Saya : So knape kawan2 saya call WHB dan staff korang cakap sume dah settle?
Aziah : Mungkin Faizul ni org marketing, so dia x paham tentang isu ni.
Saya : So, sebenarnya apa yang berlaku ni?
Aziah : Setahu saya isu ni memang belum settle lg, baru nak start discuss.
Saya : So maknenye belum buat ape2 lagi la ye? Solution dah ada ke?
Aziah : Baru nak discuss, yang pasti memang belum settle.
Saya : OKlah kalau camtu, saya cume bertanya pasal saya takut kawan2 saya dapat info yang salah je.
Aziah : OK. 
Saya : OK Bye

Saya dapat tahu yang Si Aziah ni fresh graduate dan kurang terror dalam hal development ni so saya call informer saya yang sangat boleh dipercayai untuk mendapatkan kepastian.

Saya : Hello AA, nak tanye skitla. Td kawan2 aku call WHB then depa kata isu air dan tangki dah settle, betul ke??
AA : Mane ade bang. Esok baru nak meeting pasal isu ni.
Saya : So, dah pilih ke option yang kontraktor bagi tu?
AA : Dah. Nak pasang steel, blanjenye mahal gak bang, RM205,000.00
Saya : Boleh tahan gak ye.
AA : Hahahahaha........
Saya : So camne??
AA : Esok baru nak meeting, kalo diorang lulus esok, minggu depan baru boleh start buat. tupun makan 2 -3 minggu gak la.
Saya : Oh yelah, aritu ko ada cakap yang untuk 2 tangki (satu blok ade 3 pasang = 6 tangki) kene buat 2 hari kan?
AA : A'ah......lebih kurang camtula. Tu pun kalau esok ada keputusan, kalo x, kene tunggu lagi la.
Saya : Ada orang dah pindah masuk tau, kesian kat dia dok sana xda air.
AA : India tu ye bang ??
Saya : Xla, melayu. Kesian ooooo.....
AA : Kami ada pasang paip kat rumah sampah tu, untuk temparory je bang. Sapa yang dah duduk tu bolehla dapatkan air dari situ, tapi kene angkutla.
Saya : Pehh.....kalau dok tingkat 5, blok 3 plak, masakla nak angkut.
AA : Hahahaha......tula bang.
Saya : OK la, aku nak tanye tu je, Time kasih la ye. Ok bye
AA : Bye

So dari perbualan ni, kita dapat simpulkan yang WHB sendiri ada alasan yang berbeza2. Sebenarnya isu air ni masih dalam perbincangan dan meeting pertama akan dibuat pada esok hari (6/10/2011) dan kita xtau ape keputusannya. RM205K tu bukan skit.......Delay lg la nampaknya. 

Seterusnya saya emelkan pertanyaan yang sama kepada SYABAS. tu pun kalo betullah apa yang dikatakan Si Faizul ni. Tapi sampai skang belum ada balasan, mungkin sume dah balik then esok baru dapat reply dari SYABAS.

So peringatan kepada kawan2, kalo nak tau status terkini :
1. Jgn tanya Si Faizul pasal dia sniri xtau apa2, main cakap and taburkan janji manis je.
2. Jgn tanya Si Aziah ni, dia sniri fresh graduate dan masih belum tau apa skop kerja dia.
2. Boleh call Site Office cakap dengan Suhaila (No Site Office : 03-7845091)
4. Emel kat SYABAS pertanyaan yang nak di ajukan.
5. Boleh sangat call bos diorang kat HQ, Ahmad Zaharien (pastikan keras skit pertanyaan tu)

Okla, sume pun dah tau statusnya. Kalo ada apa2 info yang nak dikongsikan, boleh emel kepada saya di roy.zila@gmail.com. Ni untuk info kepada kawan2 yang lain.



Mungkin Ini Harapan

Sebelum ini, saya ada bgtau disini bahawa saya telah mengutuskan satu surat rasmi kepada Kerajaan Selangor dan Exco yang terlibat berkaitan hal kita ni.

Alhamdulillah, pg tadi lebih kurang jam 7.30 pagi saya mendapat emel daripada Y.B Haji Yaakob Bin Sapari, ADUN Kota Anggerik.  Sila baca balasan emel daripada beliau.


Sama-samalah kita berdoa agar nasib kita dibela dan mendapat hak yang sepatutnya kita dapat.

Disini suka saya ucapkan jutaan terima kasih atas keperhatinan Y.B Haji Yaakob. Jasa anda amat kami hargai. Sebagai rakyat Selangor, khasnya Kota Anggerik inilah contoh permulaan yang baik yang ditunjukkan oleh wakil kita. 

SYABAS Y.B

Tuesday, October 4, 2011

Tukang Besi (Grill) Kampung Melayu Subang Penipu

Dalam excited mencari kedai grill yang berkaliber dan ekonomi, jangan kite lupe tantang reputasi si tukang besi tersebut. Ni la yang terjadi kepada salah seorang sahabat kita.

Kisah saya ni bukanla untuk menutup pintu rezeki si tukang besi aka kedai besi ni..tetapi sebagai pengajaran kepada ownernye dan sesiapa yang menjalankan perniagaan agar membuat kerja dengan ikhlas dan tidak menipu walaupun dengan bangsanya sendiri.
 Actually kedai besi ni berhadapan dengan sek.keb Cina yang btol2 berdekatan dengan traffic light di pekan subang.Saya dah mula tempah start 3 minggu lepas dan grill ni adalah 1st thing yang saya tempah sebelum renovation  yang lain.
Si Tukang Besi(Orang Tua) ni memamg cepat datang ukur ke rumah saya.Macam-macam yang dijanjikan untuk bagi the best GRILL la konon2nya.Dan dia pon claim yg die dah 32 tahun buat bisnes grill ni dan ade experience membuat grill terutamanya rumah dan juga kilang-kilang di seluruh Subang.Bukan itu sahaja,dengan bangga dan POYOnya die claim yang customernye datang dari negeri-negeri lain Contohnya Perak,Johor dan lain-lain lagi.
 Dengan niat ikhlas untuk memajukan dan membantu ORANG MELAYu kita dalam bisnes,hasil perbincangan bersama isteri,kami pon bersetuju untuk membuat grill dengan si TUKANG BESI(ORG TUA) ni.Masa ukur(HARI SELASA) tu ORANG TUA ni janji akan siap pada hari SABTU minggu yang sama.Dengan kami dah bagi deposit agak mahal la 1K pada ORANG TUA ni.
Tapi,semasa saya dan isteri melawat kedai tersebut,alangkah FRUST nya kami,yang design grill kami SALAH.Sedangkan ORG TUA(atau dikenali sebagai ATAN) ni dah tulis semuanya design dan ukuran dalam buku die.Si ATAN dan anaknya pon bagi reason bapaknye dah lupe.Pada mulanya die taknak tukar ke design yang kami nak.Selepas saya bagitahu yang saye RALAT dan still nak design kami,barula die confirm utk tukar balik ke design kami.Itu pon hanya 10% yang die baru buat.

So,disebabkan rasa tak puas hati dan rasa was-was,setiap hari saya akan memantau kerja-kerja kedai ni.Selama 3 hari cuma 7 buah grill tingkap jek die buat.Selepas beberapa hari saya datang,still tiada apa2 progress..Dok takuk tu jela die buat...grill untuk yang tingkap besar(sliding window ruang tamu,dapur,yard dan pintu) TAK BUAT2 LAGI!!!!..Hati ni boleh sabar lagi..
Dengan macam2 alasan die bagi,die demam la,hujan la,anak die takde la(sebelum ni claim anaknye yaang keje kat situ).Memang 1001 alasan die bagi!!Saya masih booleh bersabar lagi....Dan die pon janji pada saya akan siap pada minggu hadapanya.which is minggu ke-2.
Dengan harapan,saya pegila lagi kedai die pada 2nd Week tu,still tak siap2 lagi..dengan tak cat apepon...dengan pekerja die BANGLA tu baru welding 1 part utk tingkap besar..Saya memang hanginla..Dan di janji that week akan siap cat.So,Pada hari sabtu lepas,saya datang check lagi ape progressnya.Alangkah bengangnye saya,takde ape2 pon die buat selain cerita LETUP2 die  dan SEMBANG POYO die..saya pon dah memang tak boleh sabar,saya bagi warning walau apa pon hari ISNIN die kene pasang.kalo tidak,saya akan tolak dari balance payment.

Semalam dorang ni datangla pasang tpi tak ikut pon perjanjian.Hanya pasang 3 tingkap kecil dan grill tingkap dapur SAHAJA!!!!..TAHAP KESABARAN MEMANG DAH TIADA HAD NI!!MEMANG GERAM SESANGAT!!..Lagi Alasan die bagi pada saya..TAPI YANG PALING BODOH alasannya adalah GRILL YANG BESAR TAK BOLEH NAIK IKUT TANGGA..HAHAHAH..Ape ke BANGANGNYE punye alasan pon...ingat kite budak sekolah tadika ke...Umah lain sampai tingkat 5 dah pasan grill takde masalah pon.
Saya bagi lagi warning harini(SELASA) die kene pasang habis semua..tetapi bila saya check sekali lagi,alangkah sedih hati,panas,marah,kecewa tengok hasil kerja yang die buat.Dengan cat tak kering,ada cop tangan,senget benget.Kesimpulannya hasil memang paling TERUKKK....
Si Tukang Besi ni memang PEMALAS,NAK DUIT LEBIH,CAKAP LETUP2...dan yang paling teruknya adalah die dah MENIPU customernya..Kalo customer lain tengok,memang sangat tak berbaloi kite buat dengan ORG TUA ni..

So ape yang saya nak simpulkan,berhati-hati kepada mane-mane peniaga walaupon ORG MELAYU.Kadang-kadang niat kita ikhlas nak bagi bisnes.Tapi die plak buat TAIK dengan kita..

Peringatan : Walaupon ape jua pekerjaan kita buatlah dengan ikhlas dan ingatlah rezeki yang kite dapat adalah diberi oleh ALLAH.Jika kite tak ikhlas dan menipu orang lain,tiada keberkatan rezeki yang kita dapat dan orang-orang yag teraniaya akan makbul doanya.


Pepijat alaf,di harap dapt kongsi kisah saya dengan kawan-kawan lain.agar menjadi pedoman dan panduan dalam mencari kontraktor untuk renovation rumah kita.

Terima Kasih.

Kepada pemilik-pemilik Seri Kejora, Mari kita sama-sama ambil pengalaman kawan kita ni sebagai batu sempadan. Terima kasih kepada kawan kita kerana sudi berkongsi baik buruk yang anda alami.

Saturday, October 1, 2011

Renovation Dapur

Semua sedi maklum, rumah kita mempunyai 2 laluan untuk ke dapur, ini baik untuk pengudaraan namun kita terhalang dari membuat kabinet dapur.

Untuk mengurangkan halangan ini, kita terpaksa menutuk satu lalu bagi membolehkan kabinet dapur dibina berukuran 6 X 8 berbentuk L. Itu hanya untuk kabinet lantai (floor cabinet) manakala untuk kabinet dinding (wall cabinet), rumah kita hanya boleh dibina 8 kaki sahaja.

Alhamdulillah satu lalu masuk ke dapur telah berjaya ditutup. Satu laluan lagi, dikecilkan sedikit bagi membolehkan peti sejuk diletakkan. Rumah dah sempit memangla kene pakai strategi. 

Semua sedia maklum, pihak Worldwide akan recommend kat kita untuk menggunakan kontraktor panel mereka dengan memberikan business card kontraktor tersebut. Sekali lagi saya ingin tegaskan, TIADA kontraktor panel untuk semua projek perumahan kecuali panel yang dimaksudkan adalah anak syarikat pemaju sendiri.


Apa yang berlaku disini, saya telah bertanya dengan "kontraktor panel" tersebut dan berjaya mendapatkan breakdown untuk setiap renovation yang ingin dibuat, namun dalam entry ini saya akan sentuh tentang menutup satu laluan ke dapur sahaja.

Saya telah membuat beberapa survey untuk memenuhi kehendak hati bersama dengan kekangan ekonomi poket saya, saya namakan setiap kontraktor dengan menggunakan huruf :

Kontraktor A : RM900.00
Kontraktor B : RM1,200.00
Kontraktor C : RM150 (menggunakan board dan bukan batu bata, tidak termasuk tile)
Kontraktor D : RM600.00
Kontraktor E : RM500.00 (namun kene buat kabinet dapur darinya)

So, disini serba sedikit boleh memberi anda idea tentang harga yang bakal dikenakan oleh kontraktor2 yang mungkin anda temui.

Namun pada saya "Kontraktor Panel" memberikan harga yang paling tinggi dengan alasan kualiti. Kelebihan kontraktor ini adalah mereka mempunyai akses untuk semua spesifikasi material dan bahan binaan termasuk kod warna cat, kod tile dan bermacam lagi.

Saya telah cuba untuk mewujudkan situasi kompetitif di kalangan kontraktor dimana saya berjaya mendapatkan kod untuk tile kite, INGAT ! rumah kita menggunakan tile dari brand ALPHA sahaja, tile ini tebal jika dibandingkan tile jenama lain. Pastikan anda juga menggunakan tile jenis ini untuk keseragaman warna.

Salah satu kontraktor yang saya rasakan OK ialah Mah Sing Iron Works & Renovation. Namun apa yang terjadi kepada kontraktor ini, reputasi mereka telah diburukkan sendiri oleh wakil pihak pemaju dengan memomokkan cerita tidak benar. Saya berjaya menemui pemilik yang menggunakan khidmat kontraktor ini dari 2 projek perumahan yang berlainan. Namun terpulang pada anda.

Pada pemilik yang tidak mempunyai masalah kewangan atau memang kaya atau tidak mementingkan value for money, saya nasihatkan jgn peningkan kepala anda. Terus je guna satu kontraktor dan buat semuanya. Namun pada saya, situasi kompetitif akan menguntungkan pemilik seperti kita.


Kerja sedang dijalankan


Selepas tile ditampal

Status Bekalan Air Ke Seri Kejora

Ramai yang tertanya-tanya tentang status bekalan air kita, samada menggunkan meter individu atau pukal. Namun segalanya terjawab bila Pihak SYABAS sendiri menjelaskan dengan jelas situasinya.

Salam Sejahtera,

Merujuk kepada e-mel yang kami terima dari pihak Tuan.

Untuk maklumat semua unit berkod tarif 10 (kediaman) akan mendapat rebet 20m3 petama daripada pihak KDEB/Kerajaan negeri Selangor. 

Oleh kerana tuan mempunyai nombor akaun sendiri dan dibilkan terus oleh pihak SYABAS, tuan perlu membuat pembayaran terus kepada pihak SYABAS.

Berhubung dengan kerosakan/ kebocoran/penyelenggaraan selepas meter pukal ianya adalah tanggungjawab pihak pengurusan sepenuhnya. dan pihak SYABAS hanya bertanggungjawab sehingga ke meter pukal sahaja.  

Terima kasih dan sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol 1 800 88 5252 sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan berhubung perkhidmatan air. Secara alternatif, tuan/puan boleh mengajukan sebarang pertanyaan/pendapat/aduan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air dengan mengikuti kami di  laman web twitter iaitu www.twitter.com/puspel atau facebook dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".

Yang benar,
HIZURITA BINTI ZAKARIA
PUSPEL
SYABAS 

Terjawablah pertanyaan minda kita. Air akan di bil terus dari pihak SYABAS ke pemilik dan pemegang akaun individu namun tentang penyelenggaraan selepas meter pukal itu adalah dibawah bidang kuasa pemaju.
Ini bermakna kita masih mendapat hak keistimewaan sebagai rakyat Selangor, Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan Selangor.