Pagi ini (6 Oktober 2011) saya mendapat emel balasan daripada Y.B DUN Kota Anggerik (N40) Y.B Dr. Haji Yaakob Bin Sapari tentang masalah Sri Kejora secara umumnya.(Baca Topik terdahulu disini)
So, dari emel di atas ternyata Y.B Yaakob bersungguh-sungguh untuk membantu kita dalam mencari jalan penyelesaiannya. Memandang kepada semangatnya, saya berkobar-kobar untuk meneruskan apa yang dipohon beliau kepada kita (Pemilik Seri Kejora).
Untuk makluman semua, saya lakukan semua ini atas dasar rela hati untuk mendapatkan hak saya dan pemilik yang lain dan juga ingin memberi pengajaran kepada mereka diluar sana yang mudah diperlekehkan pemaju yang rakus dan tidak bertimbang rasa.
Y.B telah memohon untuk kita berkumpul dan bersemuka dengan beliau tentang masalah kita ini. So, saya harap pemilik yang lain dapat memberi kerjasam yang sebaik mungkin dan kalau boleh jangan tinggalkan saya seorang diri bertemu Y.B Dr Yaakob.
Kita sekarang sudah sangat educated untuk menentang dan melawan demi hak kita yang harus kita dapat. Era sembang kedai kopi sudah lama berlalu dan sekarang kita harus berdepan face to face demi hak kita. Tolong jangan takut dan tampillah ke depan. Saya sangat harapkan keterlibatan anda semua untuk menjayakan misi kita ini bersama Y.B Dr Yaakob yang sanggup mendengar seniri keluhan hati kita. Beruntunglah kita mempunyai wakil sebegini.
Saya harap anda yang ingin tampil dapat memberikan nama, no telefon dan alamat emel kepada saya secepat mungkin ke alamat emel roy.zila@gmail.com untuk saya mengaturkan pertemuan kita bersama Y.B Dr Yaakob.
Buanglah sifat takut itu, kerana takut itu adalah batas penghalang untuk kita terus maju. Tolong ye kawan2 semua.
pepijat alaf.. saya dah email dah..
ReplyDeletesaya bersetuju sgt adakan pertemuan dgn YB.
harap2, rakan yg lain pun join skali
syas,
ReplyDeletetolong emailkan sekali lagi nama, no telefon dan alamat emel kepada saya.
email saya yg kuehserasera@gmail.com tu.. dpt tak? nak saya email kan tak?
ReplyDelete