Thursday, October 13, 2011

Seri Kejora : Kerja-kerja Penggantian Pelapik Tangki Air Giat Di Jalankan

Lewat petang tadi lebih kurang jam 6.30, saya telah melawat ke Seri kejora untuk mengupdate diri tentang keadaannya. Seperti yang di informkan kepada saya, kerja kerja pembaikan tangki ini akan dimulakan pada kelmarin, dan kelmarin kerja-kerja menurunkan kepingan steel dari lori ke perkarangan Seri Kejora dilakukan.

Tadi, kren sudah kelihatan, tangki dari atas blok telah diturunkan, kepingan steel telah diangkat naik, pelapik yang patah dari atas blok juga telah kelihatan. Ini bermakna, penggantian pelapik tangki air ini boleh dikatakan sedang giat dijalankan.....Syukur Alhamdulillah.

 Kren yg digunakan untuk menurun dan menaikkan bahan2 binaan

 Tangki2 yang diturunkan bagi membolehkan penggantian pelapik tangki air dilakukan

 Kepingan steel yang digunakan untuk menggantikan pelatik yg sedia ada

 Akibat penjimatan kos, inilah pelapik yang digunakan. Lihatlah betapa rapuhnya material ini.

 Tangki air yang diturunkan.

Untuk pengetahuan semua, kos bagi penggantian ini berharga RM205,000.00 atau mungkin lebih.

11 comments:

  1. Salam....

    Alhamdullilah kalau ini perkembangannye.... Nak tanya, adakah di setiap tingkat atas apartment hanya menggunakan tangki sendiri untuk setiap unit rumah ataupun tangki besar yang dikongsi setiap blok....

    Terima kasih atas info....

    ReplyDelete
  2. Wsalam Anonymous,

    Soalan tu dah diterangkan dalam entry sebelum ni.
    Please review k.

    ReplyDelete
  3. Pepijaf Alaf....

    * Setiap blok mempunyai 6 buah tangki (3 besar untuk kegunaan tingkat 1,2,3,4 dan 3 kecil untuk kegunaan tingkat 5)

    Soalan saya... Adakah semua 6 buah tangki besar dan kecil ini digantikan pelapik kepingan steel.... Ataupun tangki yang besar sahaja....

    Thanks....

    ReplyDelete
  4. Setiap pelapik menampung 2 buah tangki (satu besar, dan satu kecil). So jadinya 3 la kan.

    So, ketiga2 pelapik ini diganti, mana mungkin diganti separuh saja.

    Boleh tgk kat atas blok tu, ada 3 kiub kan, dalam kub tu la duduknya tangki air kita

    ReplyDelete
  5. Owh.... baru faham....

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. syukur dorang dah start betulkan tangki air.. TQ pepijat for the update..

    ReplyDelete
  7. Astaghfirullahhala'zim......tingginya risiko jika tangki2 tu still brada di atas rmh kita ni

    alhamdulillah....masalah tangki air ni diketahui awal sblum blaku apa2 yg tdk diingini.....thanks pepijat alaf & rakan2 lain yg byk mbantu dlm myelesaikn masalah rmh kita ni.....

    InsyaAllah.....jasamu hanya Allah saja yg dpt mbalasnya...

    ReplyDelete
  8. kenapalah diaorang ni sebelum ni tak buat betul2 kan menyusahkan je.. skrg tengok kena tukar gak.. nasib baik tukar kalau tidak entah le akan jadi cam ner...ermmmm.....

    ReplyDelete
  9. ni la yg dinamakan "cost reduction".
    Bayangkanlah sumenya xde masalah di awalnya, lepas 2 tahun kita dok sane, baru problem start, amacam????? sapa nak tanggung kos baik pulih yang beratus ribu tu????? Tuhan tu Maha Adil.....Org Islam menganiaya org Islam sendiri.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...tumpang tanya,
    bila agaknya kesemua blok ade bekalan air & letrik...sy cadangnya by disember nk masuk da...

    ReplyDelete
  11. ini la yg jadi bila pemaju lebih mementingkan keuntungan dengan tidak mengambil kira akibat yg ditanggung org lain... ambik untuk tak salah...tapi biarlah dengan cara yg tidak terlalu menindas...

    ReplyDelete