Thursday, October 20, 2011

Seri Kejora : Bila Gendang Di Palu, Apa Reaksi Ular?????

Berikut adalah salinan surat yang saya hantar kepada pihak yang saya fikir terlibat dan, surat tersebut telah menarik minat Y.B. Tuan Ir.Iskandar Bin Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengusan Bangunan Dan Setinggan. Surat susulan telah beliau hantar kepada WHb dan diberi salinan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg. Dato' Haji Mohd. Jaafar Bin Atan.
 


Berikut pula, adalah surat balasan dari pihak WHB kepada Y.B. Tuan Ir.Iskandar dan sesalinan kepada saya.

 Anda mungkin punya pandangan tersendiri, fikirkanlah samada perkara yang sama berlaku ke atas anda atau sebaliknya, inilah yang terjadi kepada kebanyakan pengguna di Malaysia. Kita akan tetap dipersalahkan walaupun segala bukti berada dalam tangan, segala cerita boleh diolah dan agar kelihatan betapa hebatnya si penjual. So dimanakah yang dikatakan "Customer Is Always Right". Mungkin itu bukan disini.....

Kongsikan pandangan anda disini kerana pemaju memberi alasan  :

"Tiada majlis penyerahan dilakukan disebabkan bukan semua pembeli mempunyai kelapangan masa untuk mengambil kunci pada waktu yang sama" 

Tapi kenapa sampai sekarang masih ada lagi pemilik yang masih belum dapat kunci? berapa ramai yang masih tertunggu2 surat dari WHB untuk kunci diambil? Berapa ramai yang dok asyik call WHB bertanyakan kunci bila nak dapat? Berapa kali WHB memberi alasan bodoh untuk tidak menyerahkan kunci kita? Berapa ramai yang terpaksa tanggung hutang bank dan pada masa yang sama bayar sewa rumah? Dan akhir skali, berapa ramai yang asyik dok diam je walaupun kita tau semua ni salah dari segi kepenggunaan.....

Bersuaralah wahai sahabat, saya dah sediakan medan untuk kita, terpulang pada anda samada terus maju ke depan mempertahankan hak atau cuma tengok dan lihat atau terus berundur dan persetankan semua ini.
 

8 comments:

  1. mmg putar belit mcm ular WW nie.. suatu hari nnti jatuh la dorang kalu asyik menganiaya org..

    ReplyDelete
  2. TQ mr Admin... kite buat ape yg termampu ...laen tu kite doa supaya selesai secepat mungkin... kepada yg da dapat kunci cepat buat aduan/complaint ...gunekan hak masing2...

    ReplyDelete
  3. Kita mampu buat semua yang berkaitan dengan hak kita. Cuma kita kene tahu saluran yang betul. Masalah kita di Malaysia ni, kita xtau kat mana nak pi mengadu. Dan yang paling besar rintangan kita ialah rsa takut. Takut ni la yang buat kita akan terus kat takuk ni.

    Entry kat atas jelas kita nampak yang kebanyakkan point yang WHB bagi adalah tipu. Tengok camne masalah yang punca dari depa sendiri tp they pointing their finger to us.

    Bila masa kita cakap yang kita xde masa nak amik kunci? knape WHb senang2 je cakap camtu?

    Betul ke struktur tangki tu kukuh? SYABAS bgtau memang belaku keretakan, air di henti untuk disalurkan sebab masalah ni.

    Mungkin WHB ingat kita yang dok Seri kejora ni bodoh. Kita x bodoh dan biarkan kita buat diri kita nampak bodoh.

    Bila masa semua kunci dah diserahkan (yang dah bayar deposit)?, ada yang dok tunggu nak bayar tp WHB kate tunggu dulu. Yang dah bayar pun ada tp kene tunggu lagi seminggu untuk amik kunci. Knape hal camni pun nak diletakkan dibahu pembeli????

    ReplyDelete
  4. pepijat alaf,

    ptama skali sy & rakan2 lain nak ucapkn trima kasih atas info & kperihatinan yg telah dibuat dlm isu rmh kita ni.....

    saya amat2 thutang budi dgn cara pyelesaian yg telah dibuat mgikut saluran yg betul....

    maaf byk2 krn saya hanya mampu utk myokong dr blakang je.....namun bgitu saya rasa ramai dikalangn pmilik rmh tdk tahu bgaimana caranya utk slesaikn pmasalahn rmh kita ini....lg pun kita smua tak mjangka masalah ni akan blaku pd prumahan yg kita beli ni....

    namun bgitu, alhamdulillah...pepijat alaf mampu bbuat sdemikian bg mbantu myelesaikn masalah rmh kita ni.....klebihan yg Allah bg pd saudra....

    stelah mbaca info di atas ht ini mmg rasa amat tkilan sgt2 dsebabkn pnipuan yg WHB buat sdangkn tiada makluman di buat pd saya mahupun pmilik2 rmh lain ttg pyerahan kunci yg dinyatakn sedangkn dah stahun kita mnunggu.....

    apa pun, pepijat alaf....jika benar mahu buat pjumpaan dgn YB saya & pmilik2 rmh lain yg sntiasa mgikuti blog saudra akan myokong & bsedia utk mnemui YB bg myelesaikn masalah ini, InsyaAllah....

    ReplyDelete
  5. Aina dan kawan2 lain,

    Pada mulanya memang saya ingin berjumpa dengan YB dan sangat bersungguh namun saya sendiri malu dengan YB bila hanya 6 org je dari 254 unit rumah yang bersedia untuk berjumpa. Yang lain sekadar tunggu dan lihat. Kalau nak diikutkan, saya boleh berhenti dari buat semua ini kerana rumah saya alhamdulillah telah pun siap dibaiki dan direnovate dan semua masalah telah pun di selesaikan. Namun atas dasar kejiranan, saya teruskan walaupun langsung tiada sokongan dari yang lain.

    Surat yang balasan oleh WHB boleh saya balas semula untuk menyatakan yang benar bersama bukti2 yang saya ada. Setiap hujah dari WHB itu boleh dipatahkan dengan bukti kukuh saya. Tapi perlukah saya buat begitu?????

    InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. tak buat majlis penyerahan kunci atas alasan pemilik semua sibuk ngan tugas masing2. abis tu yg diaorg tetapkan tarikh appt utk ambik kunci tu tak kacau tugas kita ke? tak kacau masa kita ker? ape salahnya buat majlis penyerahan kunci pun same jugak ngan buat temujanji utk ambik kunci... awat igt kita low class punya minda ke sampai tak boleh pikir.

    Pepijat alaf, kalau nak buat perjumpaan tu nanti boleh ajak saya sekali. emel saya kalau ada update dan insyaAllah saya akan join sekali. emel saya teman_siber@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. pepijat.. kalu nak adakan perjumpaan... saya akan join skali.. mmg geram dgn kenyataan worldwide..

    pada pendapat saya.. tak byk yg tahu pasal website seri kejora ni.. sebab tak surfing..

    saya pun kebetulan terjumpa website nie, mase nak tgk agent rumah advertise penjualan rumah kita dkt mudah, walaupun mase tu belum dpt kunci..

    ReplyDelete
  8. pepijat alaf,

    saya pasti bkn 6 org saja yg bsedia utk bjumpa dgn YB tp pd pndpt saya ramai lg pmilik rmh yg lain yg bsedia utk bsama2 myelesaikn masalah ni cuma mreka tdk mgetahuinya....

    mmg dah terang lg bsuluh knyataan yg dikeluarkn oleh pihak WHB nampk sgt2 putar belit ular sbb bkn saudra je dibritahu bahawa kita boleh duduki rmh thn lepas tp saya juga dberitahu sbegitu & saya juga yakin pmilik2 rmh lain juga di war-warkn pkara sdemikian........

    bginilah..pd pndagn saya kita bpakat bjumpa dulu sblum ambil kputusan bjumpa YB...sbb di blog ni tak smua tahu sperti yg syas cakapkn.....

    usaha yg saudra lakukn amat baik skali utk ksejahteraan kita bsama yg akan mjadi jiran & saudra nanti.....

    mugkin saudra mrupakn pmimpin yg diaturkan Allah utk mmandu kami smua ke arah myelesaikan masalah rmh kita ni....

    hrapan saya agar saudra mneruskn usaha ini bg mbongkr pnipuan pihak WHB ni supaya kita tdk dtindas sbegini di masa hdapn..... jgn bhenti stengah jln krn saya, syas & penghuni2 rmh yg lain akan bsama dbelkng saudara...pcayalah krn ini smua utk kbaikan kita bsama...

    pepijat alaf,

    jgn putus asa.....Allah sntiasa brada bsama2 org yg benar & doa org teraniaya amat makbul & inilah hasilnya yg kita dpt allah telah buka pekong pihak WHB yg GAH ni atas projek prumahn kita ni......

    ReplyDelete