Friday, October 7, 2011

Seri Kejora : Cornice & Plaster Siling

Petang tadi seperti biasa pi check rumah kat Seri Kejora, Panjat dari blok ke blok mencari idea untuk buat entry malam ni. Naik la tingkat 5 untuk tengok ape yang berlaku rumah paling atas ni, saya sebenarnya memang suke dok paling atas pasal kita tak dok kat bawah orang, orang yang dok bawah kita. Tapi pengajaran dok rumah sewa tingkat paling atas ni banyak mengajar baik buruknya.

Masa mula2 tengok Seri Kejora dalam bulan Disember 2009, saya dan isteri naik untuk tengok tingkat atas skali. Hati tu berkenan tapi memandangkan skang dok rumah sewa tingkat atas saya dan isteri buat keputusan turun tingkat bawah. Nak cerita la skit pengalaman saya, tingkat atas ni memang best sebab view yang cantik dan udara yang sejuk (kalau rumah kita sistem pengudaraan kita baik, Seri Kejora punyai sistem pengudaraan yang sangat baik), tinggi pun takde masalah sebab ada lift. Orang pun taklah dok pijak kepala kita (jangan marah ye sapa yang dok tingkat bawah tu), pendek cerita memang bestla. 

TAPI kelemahannya pun ada, 1. Bau busuk dari pun akan sampai rumah kita dulu. 2. kalau bocor, kita la yang kene dulu. 3. Kalau atap kita ada sistem pengudaraan yang baik, rumah kita sejuk dan berangin tapi di Seri Kejora, jarak antara atap dan siling lebih kurang 1 -3 kaki je, ni lah penyebab utama rumah akan jadi panas. Saya rase tingkat atas skali di Seri Kejora akan panas (Jgn marah, ni cuma andaian saja)

Balik pada cerita cornice tadi, hati tergerak naik ke tingkat 5 blok 2, saya dan isteri pun jalan sambil sembang. Sampai kat satu rumah, ade kontraktor tengah pasang cornice dan plaster siling, Kami pun mintak kebenaran  masuk nak tengok, cantik dia buat, penuh satu rumah sampai ke yard pun ada cornice (siap dengan box dan bunga kat tengah). Sembang dengan tokehnya, org melayu yang pada saya orang yang very humble dan saya yakin dia boleh buat kerja (andaian lagi).

Sebabkan budget kami suami isteri ciput, rasenya tak dapat nak buat plaster siling dan cornice kot tapi tanye la jugak untuk sedapkan hati. So saya pun tanya la tokeh, Aziz namanya, baik dan senang berunding. Aziz ni datang dari Bangi pasal tuan rumah yang dia buat projek tu pun dok kat Bangi. 

Part ni memang saya excited. HARGA. bila dia jawab harga untuk satu rumah full cornice dan bunga, terbeliak mata saya. Memang murah. Saya tak yakin, so tanya semula, betul ke ni????? Konfirm harga tu. Saya tanya lagi, "Ko biar betul ni Aziz ?". "Ye bang" dia jawab. MasyaAllah memang murah.

Saya dah survey banyak tempat nak buat plaster siling dan cornice, memang tak dapat harga yang Si Aziz ni bagi. Dalam excited tu, saya pun tengok dengan detail hasil kerje dia, Yes !!! memang boleh diharap dan dipercayai.

Yang bestnya, Aziz ni boleh cakap, "Ala bang, cornice ni murah je". Saya tau cornice ni murah, pernah pi tanya kedai cornice, sekaki dalam RM9.00 - RM11.00 je. So pada saya, kontraktor yang camni selalunya jujur........tapi xtaula plak kalau dia buat kes di kendian hari. 

Saya pun mintak no telefon untuk dikongsikan dengan kawan2 yang lain. Saya ada letak no telefon Aziz ni kat ruangan "Kontraktor Di Rekomen". Kalau ada yang perasan, saya dah reject Atan Grill sebab emel dari kawan kita yang mengatakan Atan ni buat hal kat rumah dia. So, saya taknak kawan2 terima nasib yang sama.

Kalau ada yang berminat, boleh direct contact Aziz. Rasanya kalau pandai nego, InsyaAllah ada la skit diskaun dia bagi. Tadi pun dia ada cakap, "Bang, kalau nak buat, kita boleh bincang lagi". Yang pasti harga dia memang murah compare dari kontraktor2 lain pernah saya jumpa dan saya survey. Lagi satu, yang buat ni org Islam, Kalau lah dia mulakan kerja dia dengan kalimah Allah, InsyaAllah ada la keberkatan kat situ.

So, esok sabtu, hari cuti. Kalau nak tengok, naiklah ke tingkat 5 blok 2. Kat situ boleh jumpa Aziz ni. Tengokla sendiri dangan mata kepala sendiri, kalau minat proceed, kalau tak, boleh cari lain. Yang pasti, memang berbaloi-baloi.

PERHATIAN : Saya cuma rekomen dan tak mempengaruhi keputusan kawan2 semua. Berani buat, berani tanggung. InsyaAllah saya pun akan buat dengan Si Aziz ni.

34 comments:

  1. :) saya setuju sgt2.....

    harganya mmg tmurah stakat ni & cantik hasil kerjanya....

    jd pergilah tgk sbb saya pun dah tgk td...orgnya pun mmg spaerti yg pepijat alaf ckpkn...baik sgt

    ReplyDelete
  2. aina,

    memang murah kan?????? that why la saya masa mula2 tu memang terkejut dengar. rase cam mustahil je....... mungkin rezeki kita kot jumpe dengan Si Aziz ni. Tp xtau la plak future nanti camne....harap2 ok la.

    ReplyDelete
  3. pepijat alaf,

    ye, mmg murah sgt2...... :)

    saya btul2 tkejut juga mahunya tidak dkt sparuh dr harga yg kontraktor pihak worldwide tuu....

    InsyaAllah...hrp2 okay tanpa masalah akan dtg...

    ReplyDelete
  4. Aina,

    Niat saya dari mula untuk mendapatkan yang terbaik dan ingin berkongsi dengan kawan2 lain. Sedih hati ni bila dengar pengguna ni selalu ditipu dan diperlekehkan.

    Macam2 cara depa ni buat untuk buat pengguna terpedaya, tu la dan pengguna seperti kita ni plak asyik dok percaya kata depa.

    Mungkin awak pun nak beli lampu untuk rumahkan. Saya ada tempat paling best dan termurah pernah saya pergi. emelkan kat saya, insyaAllah saya akan kongsikan tempat tu. Konfirm terbeliak lagi mata awak....hahahahaha

    ReplyDelete
  5. pepijat alaf,

    apa nak buat, niat kita baik tak terfikirlah pula akan di tipukan....lg pun ianya bkn dlm bidang kita itu sbb senang2 je kena tipu....

    tp itulah ada hikmah disebaliknya ialah dgn masalah rmh kita ni, rasanya byk perkara mbuatkn kita lebih bhati2 slepas ni....

    ye ke ni??? mestilah nak beli pepejat alaf.... mmg tgh survey pun skrg ni....okay ini email saya aina.safiyyah@yahoo.com

    thanks krn sudi nak kongsi dgn saya :)

    ReplyDelete
  6. saya pun nak gak.. email kan dkt saya ye pepijat alaf.. TQ

    kuehserasera@gmail.com

    ReplyDelete
  7. he..he...

    nanti kita jumpa kat sana ye syas

    ReplyDelete
  8. pepijat alaf...hari ni aku ada pergi tgk rumah..memang betul kontraktor panel memang letak harga mahal...boleh tak aku dapatkan no abg aziz tuh...aku tak jumpa la ni dia...

    ReplyDelete
  9. Anonymous,
    Sume contact number ada kat column tepi blog ni.

    ReplyDelete
  10. saya pun tadi ada berjumpa ngan abg aziz ni...memang setakat ni hage dia murah. siap ngan wiring sekali... hasil keje dia pun cantik...

    ReplyDelete
  11. kawan ada tanya mahsing kalau nak tutup (satu pintu dapur + kecilkan satu lagi laluan dapur + tutup terus tingkap dapur) hage dalam range 1300-1500.. ok tak ? kalau nak buat sliding door dekat yard same mcm ‘kontraktor worldwide’ tu lebih kurang 1700-2000. minta advice dari rakan2 yg dah buat… cuma kawan lupa nak tanya mah sing tadi adakah hage grill yg dia bagi tu termasuk ngan awning… sapa rakan2 sini yg boleh bagi advice

    ReplyDelete
  12. pepijat alaf : kongsi laa kat sini di mana tempat jual lampu murah :)

    ReplyDelete
  13. kawan..
    kalau nak beli lampu murah saya ada tempat nye..
    harganye dari RM17 keatas..

    Address: Lot: RL02. 081 & 083, 2nd floor,
    The 19 USJ City Mall
    47620 Subang Jaya, Selangor.

    apa-apa call dia

    H/P: 017-211-9162 (Yvonne)

    ReplyDelete
  14. saya beli lampu n kipas kat House Lighting..kat Puchong,
    memang murah..dah byk servey, tapi tak boley lawan dgn kedai nie...:)

    ReplyDelete
  15. GM , Anonymous..

    Tq atas perkongsian tersebut... insyaAllah saya akan survey di kedua tempat tersebut. Tadi baru je pegi houz depot...tgk downlight rm10. nak clear stock... xtahu laa murah ke tak...

    ReplyDelete
  16. kawan,

    downlight tu termasuk bulb ke tak?kalo tak termasuk,lebih kurang jekla ngn harga kat achiever lighting..kat sane paling murah ade rm15 tpi dah termasuk bulb,boleh pilih plak tau nak wrna putih@ kuning,bentuk spiral atau 3u.

    ReplyDelete
  17. maaf cik, boleh tk email saya no abg aziz tu, saya tgh cari kontraktor pasang plaster ceiling n cornice ni, jenuh gak dok cari kt kiri kanan blog ni tp tk jumpa no dia. mungkin over looked kot,, email saya mummysha@gmail.com

    ReplyDelete
  18. salam.boleh tak tolong email kan no en. aziz ni.tq shazwaniali@gmail.com

    ReplyDelete
  19. boleh saya dapatkan no contractor aziz yg buat plaster ceiling, email ke saya pls...tq

    aseela_85@yahoo.com

    ila

    ReplyDelete
  20. salam,,untuk pemasangan plaster ceiling
    emel ke tazadizad@gmail.com
    harga berpatutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dptkan contact number contractor Aziz yg buat plaster ceiling tu....
      Email kpd saya..srisofeatrading@gmail.com.my....thanks

      Delete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Salam,
    Boleh saya dapatkan contact number Aziz? Saya dah cr kat Kontraktor Di Rekomen tapi tak jumpa.
    email saya : blossombatik@yahoo.com.
    TQ

    ReplyDelete
  23. Salam,
    Boleh saya dapatkan contact number Aziz? Saya dah cr kat Kontraktor Di Rekomen tapi tak jumpa.
    email saya : blossombatik@yahoo.com.
    TQ

    ReplyDelete
  24. Boleh email kan no contact ke yusof.kmc@gmail.com

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Bleh send contact no abg aziz ni kt sya..rizal.kasmu501@gmail.com

    ReplyDelete
  27. Bleh send contact no abg aziz ni kt sya..rizal.kasmu501@gmail.com

    ReplyDelete
  28. bole bg num abg aziz dkt saya..email mohdnooranasahmad@gmail.com

    ReplyDelete