Friday, March 2, 2012

Seri Kejora : Hostel Kolej Segi - Laporan Kepada Bantahan

Semalam satu emel follow up telah dihantar kepada pihak yang terbabit sebagai tanda penduduk Seri kejora amat bersungguh-sungguh terhadap bantahan ini. Emel dihantar berikutan tiadanya tindakan atau respon dari mereka yang terbabit.



Pihak Kolej Segi telah memandang serius perkara ini kerana semalam seorang pemilik yang terlibat dalam penyewaan rumah kepada pelajar Kolej Segi telah menghubungi Tuan Pengerusi kita dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat satu surat dari pihak Kolej Segi menyatakan bahawa pihak kolej telah membatalkan hasrat untuk meneruskan penyewaan rumah untuk pelajar mereka di Seri Kejora. Pada personal perspective saya, jika seorang pemilik memndapat feedback sebegitu, ini bermakna semua pemilik rumah juga mendapat surat yang sama dari pihak kolej. 

Sekejap tadi, saya juga telah menerima sms daripada Tuan Pengerusi, En. Subhaan yang berbunyi " Salam Sahabat2, Terkini Pihak Pengurusan Kolej Segi menghubungi (saya), dalam tempoh segera (pihak kolej) akan mengambil semula peralatan (yang telah ditempatkan) di setiap unit yang disewa di Seri Kejora - Bantahan Berjaya. Alhamdulillah"

Boleh kita simpulakan disini bahawa bantahan kita telah berjaya dan pihak Kolej Segi telah menyatakan bahawa mereka secara umum telah bersedia untuk membatalkan penempatan pelajar di Seri Kejora. 

Di kesempatan ini, kami wakil penduduk di Seri Kejora mungucapkan jutaan terima kepada pihak Kolej Segi Kota Damansara kerana prihatin akan keselesaan dan kedamaian yang diinginkan oleh penduduk di sini. Bukanlah kami memandang serong ke atas pelajar-pelajar ini tapi pengalaman dan tinjauan kami telah menunjukkan bahawa sikap sesetengah pelajar ini yang membawa budaya yang kurang menyenangkan di mata penduduk selain merosakkan kejiranan yang aman dan damai. Di sini juga kami pihak wakil penduduk ingin meminta agar pihak pengurusan kolej agar memantau displin pelajar kerana melalui pelajar ini akan menggambarkan reputasi kolej itu sendiri.

Namun kami masih menunggu surat rasmi akan pendirian ini dari pihak pengurusan Kolej Segi. Terima kasih juga kepada semua penduduk Seri Kejora yang prihatin dan menegaskan pendirian untuk membantah " Rumah jadi Hostel" ini.

No comments:

Post a Comment