Tuesday, July 24, 2012

Apa Itu Terawih?



Setiap tahun kita akan berpusu-pusu mengerjakan ibadah solat terawih kerana ingin mengejar pahala yg berlipat kali gandanya. Ada jugak yang mengerjakannya hanya kerana untuk memeriahkan suasana. Namun berapa ramai dari kita yang tahu apa itu terawih? sejarahnya bagaimana? kaedahnya bagaimana? InsyaAllah artikel dibawah mampu menjawap persoalan itu.


Definisi Tarawih ialah bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.


Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”

Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Qiyamu Ramadhan

Solat Tarawih juga disebut dengan Qiyamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isya’ dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.

Sejarah Solat Tarawih

Sejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi. Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.

Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah). Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”

Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam.

Perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah yang ertinya:

"Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas kamu."


Tarawih Zaman Umar Al-Khattab


Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, semakin ramailah umat Islam mengamalkan solat sunat Tarawih ini. Menurut Abdul Rahman bin Ubaid Al-Qari, pada suatu malam di bulan Ramadhan, beliau pergi ke masjid bersama Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya di masjid, beliau dapati ramai orang yang berkelompok-kelompok membuat jamaah-jamah mengerjakan solat ini. Sebahagiannya mengikut seorang imam dan sebahagian lagi mengikut imam yang lain. Melihat kepada amalan yang tiada keseragaman itu, Khalifah Umar berkata: “Aku bermaksud menyuruh mereka supaya berimam kepada seorang imam yang baik bacaannya.” Seterusnya beliau menyuruh mereka berimamkan Ubai bin Ka’ab.

Pada malam berikutnya mereka mengerjakan solat Tarawih dengan seorang imam. Khalifah Umar berkata: “Ini termasuk bid’ah yang baik; tetapi orang yang tidur mendapat pahala lebih besar daripada mereka yang beramai-ramai bersolat tarawih itu.” Maksud Khalifah Umar, orang yang mengerjakan solat Tarawih pada akhir malam (setelah tidur lebih dahulu) mendapat pahala yang lebih besar daripada yang solat Tarawih pada awal malam.

Bid’ah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar ialah bahawa solat Tarawih itu hendaklah dikerjakan secara berjamaah dengan pimpinan seorang imam yang baik bacaannya. Sayidina Umar sebenarnya hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pada ketika mula-mula solat Tarawih itu disyari’atkan. Baginda terpaksa memberhentikan cara yang demikian pada malam yang ketiga, kerana takut ibadat solat Tarawih itu diwajibkan kepada umatnya.

Amalan Solat Sunat Tarawih

Di samping mengamalkan ibadat puasa yang diwajibkan, umat Islam digalakan dan disuruh dengan mengerjakan berbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadan yang diberkati Allah itu. Di antaranya yang utama sekali ialah ibadat Solat Sunat Tarawih; dan seterusnya solat-solat Qiamullail (Tahajjud, Hajat, Tasbih), membaca Al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

Allah SWT mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam “Lailatul-Qadr” pada salah satu malam sepanjang bulan Ramadhan itu. Seperti yang tersebut di dalam Al-Quran, surah Al-Qadr, mereka yang beribadat pada malam tersebut akan diberi pahala ganjaran seperti beribadat 1,000 bulan (83 tahun).

Fadhilat, kelebihan dan pahala yang paling besar dikurniakan Allah S.W.T daripada berbagai ibadat itu ialah solat sunat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Hukum Solat Tarawih

Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih

Lafaz niat: (Solat Sendiri)

Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Lafaz niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah)

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala

Berjemaah Lebih Afdhal

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian atupun secara berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat ulama bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.

Rasulullah s.a.w. pada mulanya mendirikan solat sunat Tarawih di Masjid Nabawi dengan berjemaah. Pada malam yang keduanya, baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat, sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggaap solat Tarawih itu sebagai wajib.

Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat Tarawih berjamaah bersama Rasulullah s.a.w. Tetapi baginda tidak mahu hadir, kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadat solat itu sebagai wajib, bukan kerana tidak mahu berjemaah.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab, beliau merasa tidak senang hati melihat umat Islam berkelompok-kelompok di sana sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan solat sunat Tarawih itu dalam satu sahaja jamaah yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.

Perubahan yang dibawa oleh Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar itu, keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam, dan suasana mayarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dikuatkan), bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar

Salam Ramadhan 2012

Admin mengucapakn selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Banyakkan amalan2 dan sedekah jariah kerana dalam bulan ini pahal dilipatgandakan.


Wednesday, May 2, 2012

Pengumuman : Facebook Apartment Seri Kejora

Satu facebook page telahpun dibuka untuk Apartment Seri Kejora untuk kegunaan para penghuni di sini. Page ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada komuniti Seri Kejora untuk menyebarkan luas kan segala bentuk berita, aduan, cadangan atau masalah agar kita dapat sama2 kongsi.




Page tersebut boleh di cari dengan menaip Apartment Seri Kejora U5 atau http://facebook.com/ApartmentSeri Kejora


Semua yang berminat bole "Like" page ni. Semoga kita mendapat kebaikan dari page ini.






TQ

Wednesday, March 14, 2012

Pengumuman : Gangguan Bekalan Air Di Subang Bestari





Tempoh : 14 Mar 2012 08:00 am Hingga 15 Mar 2012 08:00 pm 





*SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.  



Sebab Gangguan  





Kerja-kerja penggantian 'Sluice Valve' bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian 'Delivery Sluice Valve' bersaiz 1350mm pam no.7 dan 'Suction Butterfly Valve' bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan serta kerja-kerja penyenggaraan 'Feeder' elektrikal No.1 oleh pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).  





Kawasan Terlibat





1. SS 1 � 6, PJ
2. SS 7, Kelana Jaya
3. SS 8, Trade Zone
4. SS 9A, Sg. Way
5. SS 20, Damansara Kim
6. SS 21 & 21A, Damansara Utama
7. SS 22, Damansara Jaya
8. SS 22 � 23, Kg. Sg. Kayu Ara
9. SS 24, Taman Megah
10. Ss 25, Taman Mayang Mas
11. SS 26, Taman Mayang
12. PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria..
13. PJU 1A, Damansara Idaman
14. PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
15. PJU 6A, Kg. Kayu Ara
16. PJU 7, Mutiara Damansara
17. PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
18. Taman Megah Mas
19. Bandar Utama
20. Tropicana Golf
21. TTDI & Pinggiran TTDI
22. Sg. Pencala
23. Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
24. PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
25. U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
26. Seksyen 12 hingga 14, PJ
27. Kg. Melayu Subang
28. U3, Subang Perdana
29. U5, Mah Sing
30. Subang Bestari  





Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan [PUSPEL] menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan "facebook" dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".  

Friday, March 9, 2012

Perhatian : Tanpa Stiker, Tak Boleh Masuk


Notis Pemberitahuan yang telah ditampal oleh pejabat pengurusan di setiap blok di Seri Kejora. Walaupun begitu, masih lagi terdapat kenderaan yang tidak mempunyai stiker masuk dan parking sesuka hati.

Lebih pelik lagi, bilaman kereta/motor yang masuk dahla takde stiker, parking plak kat parking OKU....kalo sekali sekala parking kat situ takpe la gak...ni setiap hari parking kat tempat OKU. 

Kita semua tau, setiap rumah ada 2 tempat parking kereta dan jika pemilik kereta adalah OKU, mesti terdapat stiker OKU di kereta tersebut, ni takdak pun. Kita simpati dengan OKU, tapi x cukupkah 2 parking untuk satu rumah. ini bermakna rumah tersebut memiliki lebih dari 2 biji kereta......take for granted parking kat OKU. Wah mudahla camtu.......

Notis ditampal, tapi ada ke penguatkuasaan dijanlankan???? rasenya xde. Kita bayar setiap keringat pihak pemaju dan sepatutnya depa buat kerja yang terbaik.....ni langsung x amik endah....yang depa pentingkan adalah "rumah atas bukit". Kepada yang xtau, maksud rumah atas bukit tu adalah Banglo Delima yang berharga berjuta-juta tu.

Kepada pihak pemaju yang membaca entry ini, sya mohon kerjasam pihak tuan untuk memantau dengan lebih  serius perkara ini. Anda dibayaq.....jgn dok tidoq saja. Tengok cleaner depa ni, buat kerja seperti lepaskan batuk ditangga, lap lift pun ala kadar je.....sapu sampah pun x bersih. kul 11 semua skali cleaner ni masuk sarang depa kat kawsan dobi, tutup pintu then membongkang tido....apa ni????? depa ni dibayaq untuk tidoq ke?????

Come on la WHB, RM128 tu banyak tau penduduk sini bayaq kat you all, so buatla yang terbaik. 90% perkerja WHB ni Melayu Islam, so camni ke korang buat kerja? biaqla kerja tu ikhlas kerana Allah, kita kat muka bumi Allah ni bukan nak cari berbukit2 duit banyaknya tapi sepatutnya yang kita cari adala keberkatan dari duit kita tu...keberkatan tu datangnya dari Allah. Sebanyak mana pun duit tapi kalo x berkat, komfirm xkan cukup...tapi kalo duit yang kita dapat tu datangnya bersama berkat Allah.....InsyaAllah walaupun seringgit tapi cukup untuk makan seharian......Tu kuasa Allah.

Tolongla jaga yang pantau setiap sudut di Seri kejora ni. Tu tugas anda. Kepada pemilik kereta ni, harap dapat patuhi apa yang ada kat Seri Kejora ni, kalo OKU, tunjukkan stiker anda di kereta dan hubungi wakil blok untuk maklumkan status anda. Sepatutnya hak anda hanyala 2 buah kereta sahaja yang dibenarkan masuk ke Seri Kejora. Jika ada lebih dari 2 kereta, carila dan sewala tapak parking kereta dari jiran2 lain. Jgn ambil mudah saja.

Ni kereta yang dimaksudkan dan parking di tempat parking org cacat di blok 2.


Kesalahan :

1. Mungkin bawak masuk lebih dari 2 kereta
2. Parking di tempat orang cacat
3. Jika OKU, tiada stiker OKU yang berdaftar dengan pihak berwajib.
4. Tiada stiker Seri Kejora (yang ada adalah stiker Seri Bintang), mungkinkah penduduk seri bintang?
5. Parking dengan tetap di sini.

Friday, March 2, 2012

Seri Kejora : Hostel Kolej Segi - Laporan Kepada Bantahan

Semalam satu emel follow up telah dihantar kepada pihak yang terbabit sebagai tanda penduduk Seri kejora amat bersungguh-sungguh terhadap bantahan ini. Emel dihantar berikutan tiadanya tindakan atau respon dari mereka yang terbabit.



Pihak Kolej Segi telah memandang serius perkara ini kerana semalam seorang pemilik yang terlibat dalam penyewaan rumah kepada pelajar Kolej Segi telah menghubungi Tuan Pengerusi kita dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat satu surat dari pihak Kolej Segi menyatakan bahawa pihak kolej telah membatalkan hasrat untuk meneruskan penyewaan rumah untuk pelajar mereka di Seri Kejora. Pada personal perspective saya, jika seorang pemilik memndapat feedback sebegitu, ini bermakna semua pemilik rumah juga mendapat surat yang sama dari pihak kolej. 

Sekejap tadi, saya juga telah menerima sms daripada Tuan Pengerusi, En. Subhaan yang berbunyi " Salam Sahabat2, Terkini Pihak Pengurusan Kolej Segi menghubungi (saya), dalam tempoh segera (pihak kolej) akan mengambil semula peralatan (yang telah ditempatkan) di setiap unit yang disewa di Seri Kejora - Bantahan Berjaya. Alhamdulillah"

Boleh kita simpulakan disini bahawa bantahan kita telah berjaya dan pihak Kolej Segi telah menyatakan bahawa mereka secara umum telah bersedia untuk membatalkan penempatan pelajar di Seri Kejora. 

Di kesempatan ini, kami wakil penduduk di Seri Kejora mungucapkan jutaan terima kepada pihak Kolej Segi Kota Damansara kerana prihatin akan keselesaan dan kedamaian yang diinginkan oleh penduduk di sini. Bukanlah kami memandang serong ke atas pelajar-pelajar ini tapi pengalaman dan tinjauan kami telah menunjukkan bahawa sikap sesetengah pelajar ini yang membawa budaya yang kurang menyenangkan di mata penduduk selain merosakkan kejiranan yang aman dan damai. Di sini juga kami pihak wakil penduduk ingin meminta agar pihak pengurusan kolej agar memantau displin pelajar kerana melalui pelajar ini akan menggambarkan reputasi kolej itu sendiri.

Namun kami masih menunggu surat rasmi akan pendirian ini dari pihak pengurusan Kolej Segi. Terima kasih juga kepada semua penduduk Seri Kejora yang prihatin dan menegaskan pendirian untuk membantah " Rumah jadi Hostel" ini.

Wednesday, February 29, 2012

Seri Kejora : Hostel Kolej Segi - Memorandum Bantahan

Atas permintaan ramai, di siarkan salinan memorandum bantahan yang dihantar kepada pihak berkenaan. Kepada pengunjung blog, diharapan dapat memberi respon kepada survey yang dibuat di sebelah kanan blog ini. Suara anda amat penting untuk para wakil blog untuk menjalankan tanggungjawab mereka seterusnya.



BERTARIKH :  28 FEB 2012

GABUNGAN PENDUDUK PANGSAPURI SERI KEJORA SEKSYEN U5 SUBANG BESTARI, 40150 SHAH ALAM SELANGOR, MEMBANTAH PENEMPATAN PELAJAR KOLEJ SEGI KOTA DAMANSARA DI PANGSAPURI SERI KEJORA.

Tarikh : 28 Feb 2012   

Konsortium Support Services, Kolej Segi Kota Damansara

Dan,

Pemilik Unit Di Pangsapuri Seri Kejora Yang Terlibat

Tuan/Puan,

BANTAHAN PENEMPATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ SEGI DI PANGSAPURI SERI KEJORA

Merujuk kepada perkara di atas, kami Gabungan Penduduk Pangsapuri Seri Kejora yang mewakili pemilik, penduduk & pengewa pangsapuri ini dengan tegas MEMBANTAH PENEMPATAN PELAJAR KOLEJ SEGI DI PANGSAPURI SERI KEJORA.

Bantahan ini dibuat dengan merujuk kepada beberapa alasan yang di anggap amat munasabah hasil dari rujukan dan hasil siasatan yang dilakukan ke atas kejiranan yang membenarkan penempatan pelajar-pelajar ini. Berikut adalah antara alasan kepada bantahan keras kami :-

1.
Berdasarkan pengalaman dan hasil siasatan di kejiranan lain, pihak kolej (Kolej Segi) tidak mampu untuk bertanggungjawab ke atas salah laku pelajar-pelajar mereka dan akan bersifat lepas tangan ke atas setiap masalah yang berlaku di luar waktu pembelajaran atau diluar kawasan kolej.

2.
Akan wujud pelbagai masalah sosial yang mampu mempengaruhi dan menjadi contoh yang buruk khususnya kepada kanak-kanak, remaja & belia penduduk. Ini berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan ke atas kejiranan berhampiran dan ternyata ianya memang berlaku.

3.
Pelajar-pelajar kebiasaannya cenderung mewujudkan suasana yang akan mengganggu ketenangan, ketenteraman dan keselesaan penduduk seperti berbuat bising, gejala maksiat dan pergaulan bebas, pergaduhan, kelakuan tidak senonoh, pakaian menjolok mata dan pelbagai masalah sosial yang lain. Ini adalah hasil daripada kaji selidik yang dilakukan pihak kami.

4.
Pengawal Keselamatan yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan penduduk sukar untuk membendung sikap pelajar yang bebas keluar masuk tanpa mengira masa dan gemar membawa “penghuni luar” yang akhirnya menimbulkan fitnah. Ini kerana pihak kolej tidak pernah menggariskan peraturan yang sewajarnya kepada setiap pelajar yang mendidiami pangsapuri ini.
5.
Kegagalan Pengawal Keselamatan mengawal aktiviti keluar masuk bukan penduduk yang akhirnya bakal mewujudkan aktiviti jenayah seperti kecurian, maksiat dan pembuangan bayi, vandalism dan sebagainya, ini terbukti berdasarkan liputan akhbar sejak akhir-akhir ini.

Bersama surat ini dilampirkan hasil pungutan suara berdasarkan tandatangan penduduk Pangsapuri Seri Kejora. Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin namun sebagai wakil kepada penduduk, kami sebulat suara serta dengan tegas menyatakan bahawa kami membantah sepenuhnya penempatan pelajar Kolej Segi di kejiranan kami.





Sekian Dan terima kasih.