Wednesday, February 15, 2012

Pengumuman : Jemputan Ke Ceramah Bersempena Maulidul Rasul 1433H - KEMASKINI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,





Seringkali lidah kita berselawat ke atas junjungan besar nabi SAW setiap kali bersolat. Tapi pernahkah kita ketahui siapakah Rasulullah SAW sebenarnya dan bagaimanakah perwatakan baginda? Sejauh mana anda mengenal Nabi Muhammad SAW. Semoga sedikit perkongsian ini akan memberi manafaat buat kita semua.

Cara Rasulullah S.A.W Berjalan
1. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, maksudnya: “Ali bin Abi Thalib menggambarkan sifat fizikal   Rasulullah S.A.W., “ Rasulullah S.A.W berjalan dengan mengangkat kaki, seakan-akan beliau    sedang menuruni tanak yang landai”. (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa`d dan Baihaqi)

Cara Bersandar Rasulullah S.A.W
1. Abu Juhaifah r.a meriwayatkan maksudnya: “ Rasulullah S.A.W bersabda,” Aku tidak akan makan sambil bersandar.” (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah ,Ahmad dan Baihaqi)

Cara Rasulullah S.A.W makan
1. Ka`b bin Malik meriwayatkan maksudnya, Selepas makan, Nabi S.A.W menjilat jari-jari beliau sebanyak tiga kali”. (Riwayat Tirmidzi)

Akhlak Rasulullah S.A.W
1. Aisyah r.a meriwayatkan maksudnya:” Rasulullah S.A.W bukanlah seorang yang keji dan beliau tidak pernah berbuat keji. Beliau tidak pernah berteriak-teriak di pasar.Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memaafkan dan berlapang dada. ( Riwayat Tirmidzi, Abu dawud dan Ahmad)

Cincin Rasulullah S.A.W
1. Anas bin Malik meriwayatkan maksdunya: “ Cincin Rasulullah S.A.W dibuat dari perak sedangkan mata cincin beliau adalah batu hitam Habsyi” (Riwayat Tirmidzi, Muslim ,Nasa`I ,Ahmad dan Ibnu Majah)
2. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan maksudnya: “ Rasulullah S.A.W mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud , Nasa`I dan ibnu Majah)


Dalam memperingati baginda, pihak Surau Seri Kejora akan mengadakan satu sesi ceramah bersempena dengan Maulidul Rasul 1433H. Ceramah ini akan berlangsung pada 18 February 2012 (Sabtu malam Ahad) selepas solat Maghrib. Penceramah yang dijemput adalah Yang Berbahagia Ustaz Amir Hisham.

AJK Surau menjemput seluruh penduduk di Seri Kejora agar dapat berlapang masa untuk sama-sama kita mendalami ilmu yang akan di sampaikan. Ilmu Allah ini sangat luas, mungkin di majlis ilmu ini sedikit sebanyak dapat kita timba ilmu yang pasti akan menguntungkan kita di dunia dan akhirat yang pasti.

Sungguhpun surau kita masih baru, tetapi Alhamdulillah kita beruntung kerana ada pihak yang bermurah hati mewakafkan speaker beserta PA sistem untuk kita gunakan di Surau ini. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada pihak berkenaan, berdoa lah kia agar pihak tersebut beroleh rezeki yang bersih yang berterusan dari Maha Pencipta, Allah Ya Rahman.

Kepada kaum Hawa, anda juga boleh sama menghadirkan diri kerana sarau kita akan diasediakan ruang untuk wanita (solat pun boleh) namun ruang ini masih belum sempurma sepenuhnya kerana kita masih menantikan bidai pembahagi ruang (antara ruang solat lelaki dan wanita) yang masih dalam proses pembikinan. Bidai sementara dan langsir akan dipasang untuk memudahkan urusan anda kaum Hawa. Namun perlu diingat, aurat bukan sekadar ketika berada di surau atau masjid tetapi perlu dipelihara dari pandangan golongan yang bukan muhrim.

Bersempena dengan majlis ilmu ini kita juga mendapat tajaan makan dari pihak yang menyokong program kita ini. Alhamdulillah.....terima kasih kepada pihak terbabit.

Dan perlu kita ingat bahawa, untuk menjayakan program ini kita memerlukan dana yang mencukupi walaupun mungkin anada berfikir yang program kecil sebegini tidak memerlukan dana tapi yang pasti walaupun kecil masih memerlukan dana untuk menjayakannya. Sehubungan dengan itu, pihak surau amat berbesar hati kira ada antara saudara/saudari yang sudi menghulurkan seringgit dua untuk digunakan kini dan mungkin akan datang. 

Akhirnya, marilah kita sama2 menjayakan program ini untuk kita juga.

KEMASKINI


Alhamdulillah notis telah pun ditampal di kawasan lift di setiap blok dan pintu surau. Sejak semalam, kita telah mula menerima sumbangan dari orang perseorangan penduduk di kejiranan kita. Terima kasih diucapkan kepada yang sangat bermurah hati menderma. Semoga rezeki anda dibersihkan dan diberkahi Allah SWT. 


Pada malam ini, akan di adakan ziarah dari rumah ke rumah untuk mengagihkan nota jemputan untuk menggalakkan jumlah kehadiran pada malam majlis ilmu itu nanti. Pada masa yang sama, kita juga mengutip derma ikhlas daripada tuan & puan yang sudi menghulurkan seringgit dua untuk tujuan amal ini. Derma ini bukanlah MESTI cuma menyebarkan flyers itu adalah tujuan utama AJK surau.


Usahlah anda berpandang srong pada "orang masjid" ini. Mereka juga manusia biasa yang cetek ilmu agama dan ingin belajar dari hari ke hari. Berilah kerjasam yang baik dan ikhlas kepada mereka yang datang manziarahi rumah2 anda. InsyaAllah setiap ziarah itu membawa rezeki dan keberkatan kepada rumah2 anda. Pada masa yang sama, anda juga boleh mengenali wakil setiap blok kerana wakil blok akan mengetuai ziarah....InsyaAllah


2 comments:

  1. insyaAllah...tuan surau kita da ade tabung ke?...

    ReplyDelete
  2. Kat surau dah ade tabung....boleh masukkan kat situ atau boleh berhubung dengan wakil blok masing2....

    ReplyDelete