Monday, February 20, 2012

Laporan : Ceramah Bersempena Maulidul Rasul 1433H

Assalamualaikum kepada semua penghuni Seri Kejora,


Jemputan pada notis board Surau


Alhamdulillah sesi ceramah bersempena Maulidul Rasul 1433H di Surau Seri Kejora telah memdapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk. Sungguhpun pihak AJK surau mempunyai masa yang singkat untuk mengaturkannya, namun aktiviti sulung ini boleh dikatakan berjaya dan sangat meriah.


Ramai x????


Ustaz Amir Hisham telah memberikan ceramah dengan sangat bertenaga dan aura beliau berjaya menarik minat kitadi kalangan kita. Orang muda, ceramahnya pun muda, bertenaga dan lawaknya pun lawak up to date, kata salah seorang penduduk.


 Penuh Semangat


Bertenaga dan penuh emosi


Makanan pada malam itu ditaja sepenuhnya oleh Restoren Al-Wadud, restoren Chanburi dan satu lagi restoren tapi saya x ingat. Harap maaf. Terima kasih daun keladi, kalau boleh tajalah lagi.......


Hidangan jamuan

Kepada yang x berkesempatan pada malam itu, Ustaz Amir Hisham banyak menyentuh tentang aqidah umat Islam pada zama ini seperti aurat, isu bertudung, atika berpakaian dan bayak lagi. Sesuatu yang sangat menarik minat kami ialah : tutup aurat tu termasuklah dengan tidak menampakkan warna kulit. Banyak lagi pesanan yang disampaikan oleh beliau. InsyaAllah jika diizinkan Allah, kita akan menganjurkan lagi majlis ilmu seperti ini.























5 comments:

  1. Alhamdulilah, Ucapan Terima Kasih Kepada AJK Surau & Kawan2 yang terlibat secara langsung @ tidak.. Semoga ALLAH SWT membalas jasa Tuan/Puan2.. Amin

    ReplyDelete
  2. Bismillilahirrahmanirrahim...
    Salam Semua AJK Surau & Penduduk Seri Kejora..

    Saya bercadang untuk mengadakan
    "Program Santai Penduduk Apart Seri Kejora".
    Program ini melibatkan Semua Kaum, Muslim & Non-Muslim..

    Cadangan Aktivti :-
    1. Solat Hajat n Bacaan Doa Selamat
    2. Majlis Makan Malam - BBQ

    Mohon Cadangan & Maklumbals Tuan/Puan Semua.. Sekian Terima Kasih..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    lari dari topik sikit..kalau nak buat bacaan doa selamat or bacaan yassin kat rumah..siapa yang kena dihubungi?

    ReplyDelete
  4. wsalam....

    Boleh call pengerusi ataupun AJK surau (sesape pun xpe).
    No tel depa ada kat sebelah kanan blog ni.

    ReplyDelete