Monday, January 9, 2012

Cara Pembayaran Maintenance Fees & Sinking Funds

Assalamualaikum kepada semua pemilik dan penghuni di Seri Kejora. Syukur alhamdulillah satu notis pemberitahuan untuk cara pembayaran Yuran Penyelenggaraan (Maintenance Fees) dan Wang Penjelas (Sinking Funds) kepada pihak yang terbabit.


Mungkin notis ini dinaikkan selepas emel yang saya ajukan kepada pihak WHB bagi bertanya tentang hal tersebut. Terlintas di pikiran saya, inikah caranya kita nak berususan dengan pihak pemaju (Worldwide Holdings Berhad - WHB) yang acapkali disebut di buletin utama, yang mendapat mandat dari kerajaan Selangor untuk membangunkan hartanah yang ada di Subang Bestari, yang berkebolehan membangunkan rumah bernilai jutaan ringgit, yang boleh dikatakan bertaraf profesional???? 


Telahan saya sebelum ini benar, pihak WHB akan menaikkan satu notis pemberitahuan selepas emel dihantar kepada depa. Itu BENAR. Untuk pengetahuan semua, TIADA emel balasan dari pihak pengurusan WHB yang menjawap pertanyaan saya. TIDAK BERETIKA. Jalan mudah mereka ambil dengan menaikan notis (Sila baca emel saya disini). Itu pun selepas 2 kali follow up emel dianta kepada mereka. Hasilnya notis ini dinaikkan.....kita boleh bersyukur, memudahkan kerja kita. So bole bank in je ke akaun CIMB depa.


Terdapat 4 cara untuk membuat bayaran ini :


1. Cek berpalang.
2. Terus ke HQ Worldwide Holding di Seksyen 7 Shah Alam
3. Bank in ke akaun CIMB depa & emelkan slip ke PIC depa.
4. Pejabat Pengurusan Seri Kejora di tingkat bawah Blok 4 (tempat kita amik kunci)


Kat bawah ini ada ditunjukkan notis yang ditampal di setiap pintu lift tingkat bawah di setiap blok. Harap kawan2 dapat rujuk di sini dan buat bayaran ye.....hehehehe.


sila klik gambar untuk besarkan

1 comment:

  1. assalamualaikum, terima kasih kerana penjelasan pasal cara bayaran ne. ritu sy cuti balik kg..balik2 je tgk ade notis ne tp x sempat baca...xkan worldwide men tampal dinding tiang jew...xde ke notisbod? hehe..nway sy da duk kt sri kejora ne...nnt fre2 ble jumpe kenal2...if jumpa kt surau ke tegur la...sy pon kdg2 je p hehehe. Lagi 1 nk tanya la ade x pemilik uma yang duk tingkat 2 n ke atas kt sini?...pasal grill n pihak syabas xle baca meter tu mcm mane ye?

    ReplyDelete