Thursday, December 29, 2011

Seri Kejora : Apa Kejadahnya Sinking Funds Tu????



Assalamualaikum kawan kawan,


Semua sedia maklum yang WHB dah pun ata bil penyelenggaraan untuk bulan Disember 2011, depa ni anta bil tu ke alamat  rumah lama (rumah kita sebelum masuk ke Seri Kejora), atau rumah sekarang (yang masih belum masuk ke Seri Kejora).


Apa yang menghairankan kenapa kena ada penambahan untuk charge maintenance yang kita kena bayar, bukan ke kat dalam SnP dah tertulis amoun yang kita sepatutnya bayar. Agreement dah seal tapi main sedap depa je tambah itu dan ini, apa depa ni ingat agreement yang dah seal bole main tukar2 ka???? yang jadi mangsa kita jugak sebagai pemilik. Di katoq, diperkotak-katikkan, diperbodohkan, dibuli, di tabur janji manis, tu sume taruh atas kepala kita.


Dahla haram apa2 notis pun x bagi pasal fund ni, dok tau2 je kene bayaq........wah memang senang nak mintak duit kita.  tapi kalo bab defect, kerja punya la slow, push sampai ke bos yang tercongok kat atas pun haram dok buat x reti je........ makan la hasil dari kerja kamu tu....selamat dunia akhirat......


So atas sebab ingin tau, satu emel dah di forwardkan kepada WHB ni, dah masuk hari ketiga, tapi masih diam membatu....... kita tengok nanti apa plak alasan yang depa ni nak bagi.


kawan2 boleh baca isi kandungan emel saya ke WHB kat bawah ni



Assalamualaikum,

Saya pemilik sebuah unit di Pangsapuri Seri Kejora ingin mendapatkan penjelasan terpeinci mengenai isu Yuran Penyelenggaraan yang dikenakan oleh pihak Worldwide Holding Berhad (WHB) kepada pemilik di Seri Kejora.

Saya telah terima bil dari pihak WHB, dan tertera jumlah yang saya kena bayar adalah RM140.80 TETAPI seperti yang tertera dan SPA, jumlah yang saya patut bayar adalah RM128.00. Perbezaan amaun ini disebabkan oleh "Sinking Funds" yang dikenakan sebanyak RM12.80 untuk sebulan. 

Kemusykilan saya :

1. Apa yang dimaksudkan dengan funds ini dan kenapa pihak pemaju atau penyelenggara perlu mengenakan cas bayaran kepada pemilik? Saya mohon penjelasan bertulis dari pihak tuan dan segala dukumen sokongan untuk fund ini. 

2. Mengapa pihak pemaju memasukkan bayaran ini ke dalam Yuran Penyelengaraan sedangkan di dalam SPA yang dimeterai menyatakan jumlah sebaliknya? Saya mohon yang tegas perincian dari pihak atasan WHB terhadap isu ini.

3. Jika benar Sinking Funds ini perlu ditanggung oleh pemilik, mengapa tiada sebarang notis rasmi dari pihak WHB untuk memaklumkan kepada pemilik ? Saya mohon jasa baik tuan untuk memberikan alasan yang sewajarnya dan bukan mengeluarkan notis serta merta.

4. Mengapa alamat bil tidak terus dihantar ke unit di Seri Kejora, mengapa perlu dihantar ke alamat lama? Jelas menggambarkan pihak tuan tidak mengemaskini butir pemilik dan mana pemilik yang sudah pindah masuk dan sebaliknya. SIla perincikan alasan tuan.

5. Tempat untuk Yuran Penyelenggaraan dibayar juga dinyatakan dalam bil, diman perlu dibayar yuran ini? HQ? Site Office? Akaun Bank?

Sikap sambil lewa pihak tuan dalam isu ini amat memeranjatkan pemilik dan tidak mengambarkan WHB satu syarikat yang bertaraf profesional.

Saya mohon jasa baik tuan untuk memudahkan urusan kami pemilik di Pangsapuri Seri Kejora dengan memberikan no akaun bank untuk transaksi bayaran yuran penyelenggaraan (RM128.00) seperti yang ditetapkan dalam SPA.

Sila berikan jawapan bertulis dari pihak tuan dengan serta merta untuk memudahkan urusan selepas ini.

Kerjasama yang jujur dan profesional dari pihak tuan amat saya hargai.
Sekian dan terima kasih.

3 comments:

  1. memang pun cam pelik je nak kena charge... saya pun dah email minta nombor akaun untuk bayar bil tersebut sampai sekarang tak bagi. ermmmm...

    ReplyDelete
  2. ntahape2 pnye pengurusan ntah... lemah dari segala aspek... huh!

    ReplyDelete
  3. saya penduduk baru gak kat sri kejora ni...tp x pindah sepenuhnya lg..cuma di sini saya nak tanya la...rumput kat situ dah semakin panjang...xde org yg dtg potong ke?dan pasal yang sinking fund ni..dalam S&P ada dia sebut sinking fund di bawah total penyelenggaraan...tulisan pun kecik je...dia tulis kat situ 10% dari total maintenance tu adalah charge utk sinking fund...maintenance rm128.00 + sinking fund 10% 12.80 = rm140.80....harga maintenance boleh tahan gak mcm duk kat kondo just tmbh rm40.00 dpt satu swimming pool huhu...tp tu la kalo mahal je lebih tp management lemah n maintenance x bagus pun x ok jgk...urmmm...

    ReplyDelete