Thursday, September 29, 2011

Projek Worldwide : Apartment Seri Kejora Dan Masalah Terbaru

Desas desus dari pihak tertentu mengenai masalah kronik Seri kejora kini ternyata benar dan di akui oleh pihak SYABAS sendiri. 

Dibawah adalah emel balasan dari pihak SYABAS :

Salam Sejahtera,


Merujuk kepada e-mel yang kami terima dari pihak Tuan.


Pihak kami telah menerima maklumabalas dan penjelasan yang diterima dari bahagian yang berkenaan . terlebih dahulu, pihak SYABAS ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan yang ingin mengetahui situasi sebenar berkenaan pembangunan seperti yang tersebut di atas.


Untuk makluman pihak tuan, pembangunan ini mendapatkan bekalan air melalui meter air pukal yang dipasang pada jajaran paip masuk ke pembangunan ini dan juga juga meter air individu untuk setiap unit premis / rumah yang telah dibina. Pembangunan ini telah mendapat kelulusan pengambilalihan sistem paip air luaran melalui borang EPS 19C bertarikh 10.08.2011 yang telah ditandatangani oleh pihak pengurusan tertinggi SYABAS di Ibu Pejabat.


Ingin dinyatakan di sini bahawa pihak SYABAS tidak pernah memberikan kelulusan dan tidak pernah membuat pemeriksaan bagi sistem perpaipan dalaman (selepas meter pukal) pembangunan yang dinyatakan oleh kerana pembangunan tersebut menggunakan kaedah CCC (dengan mengemukakan Borang G5). Borang tersebut ditandatangani oleh pihak Jurutera Perunding Mekanikal dan Tukang Paip yang telah dilantik oleh pihak pemaju.


Pihak SYABAS juga telah mengeluarkan sepucuk surat akuan pernerimaan dan penafian bertarikh 14hb Mei 2011 yang menyatakan bahawa pihak SYABAS tidak akan menanggung sebarang liabiliti dan bertanggungjawab di atas sebarang kekurangan pada sistem paip air dalaman pembangunan tersebut.


Pihak SYABAS telah membuat mendapat makluman daripada tukang paip yang dilantik oleh pihak pemaju menyatakan bahawa tangki air dalaman pembangunan ini telah mengalami masalah keretakan hingga menybabkan ia tidak dapat menampung kapasiti air yang sepatutnya ditampung dan ini menyebabkan bekalan air tidak dapat disalurkan dengan lancar ke premis / rumah yang telah siap dibina.


Oleh kerana kerosakkan yang berlaku terjadi selepas meter pukal yang telah dipasang, ianya menjadi tanggungjawab Pihak Pemaju, Jurutera Perunding Mekanikal dan Tuakng Paip yang dilantik oleh pihak pemaju untuk membuat kerja- kerja baik pulih pada tangki tersebut.


Semoga dengan penerangan yang telah diberikan di atas, pihak tuan telah mendapat gambaran yang sebenarnya berkenaan situasi pembangunan di atas.


Pihak SYABAS akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pengguna SYABAS dan sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan berhubung perkara ini.  

Terima kasih dan sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol 1 800 88 5252 sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan berhubung perkhidmatan air. Secara alternatif, tuan/puan boleh mengajukan sebarang pertanyaan/pendapat/aduan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air dengan mengikuti kami di  laman web twitter iaitu www.twitter.com/puspel atau facebook dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".

Yang benar,
HIZURITA BINTI ZAKARIA
PUSPEL
SYABAS 



Ini bermakna pemilik Seri Kejora akan membayar bil air kepada pemaju secara individu dan pemaju yang akan membayar kepada SYABAS secara pukal. So bagaimana dengan keistimewaan rakyat Selangor dimana kerajaan Selangor memberi 20 meter padu air percuma ?

Dalam kes ini, SYABAS sudah tidak lagi bertanggungjawab keatas apa yang terjadi kerana tangki yang dimaksudkan berada di bahagian atas setiap blok, itu tanggungjawab pemaju Worldwide.

Untuk makluman semua, secara lebih jelas, saya lukiskan keadaan tangki air di atas setiap blok

* Setiap blok mempunyai 6 buah tangki (3 besar untuk kegunaan tingkat 1,2,3,4 dan 3 kecil untuk kegunaan tingkat 5)

Kayu yang digunakan untuk melapik tangki tersebut sepatutnya tidak digunakan TAPI kerangka yang lebih kuat seperti besi atau steel, namun pihak pemaju mengambil langkah penjimatan kos dengan memilik kayu kerana lebih murah dan mungkin pada mereka pemilik tidak akan tahu apa yang terjadi di atas bangunan dan juga tidak menjejaskan appearance. 

Di sini kita boleh simpulkan bahawa Worldwide hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan bukan kebajikan penghuninya, Nasib kita sangat baik kerana ini berlaku sebelum pemilik memasuki rumah dan sebelum berlaku sebarang kecelakaan yang boleh meragut nyawa. Alhamdulillah.........

Kepada pemilik yang beragama Islam, mari kita sama2 berdoa ke hadrat Allah atas keselamatan kita dan berdoalah apa sahaja yang anda mahukan kerana "Doa org teraniaya, doanya makbul". Itu janji Allah. Berdoalah sejurus selepas membaca artikel ini.

Peringatan : Kepada yang berlibat dalam konspirasi ini, saya dan keluarga dan mungkin seluruh pemilik Seri Kejora tidak akan redha atas apa yang berlaku. Hasil menganiaya kami ini kamu suaplah ke mulut tanggungan kamu, isteri, suami, anak-anak kamu agar mereka menjadi SEBUSUK-BUSUK manusia. Itu keluh kami

5 comments:

  1. adoihai......
    menitis air mate bace entry ni....
    dulu mase mule2 beli saya ingat lgi si FAIZUL tu kate meter air kite adalah individu...rupenye depa ni MENIPUUUUU!!!!!.meter pukal!!!

    hey WORLDWIDE,keje korang nak menipu pengguna je ke.!!!!!

    thanks tuan punya blog kerana usaha anda untuk mendapatkan info2 yg berguna kepada pemilik lain.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana bg info2 yg ber guna ini... same2 kite doa supaya selesai masalah ini dengan segera...

    ReplyDelete
  3. :( mmg sedih mdgrnya....

    apalah nasib rmh kita ni jd bgini...takkn la

    disebabkn harganya RM 120 ribu kita sbg pmilik mjadi magsa....

    Allahuakbar....

    ReplyDelete
  4. ermm.. cam nie air tak bayar kat SYABAS le.. mangkuk punye pemaju.. menipu didunia mungkin selamat sikit tapi di sana terimalah balasannye... Amin...

    ReplyDelete
  5. awat laa depa ni sanggup buat mcm ni... kita bukan tak berhati2 mase memula membeli...dah tanya mcm2... rupanya byk yg depa selindung / tipu kita... xsenang hidup hangpa yang suka menipu dan menindas orang ni...

    ReplyDelete