Thursday, October 13, 2011

Pemaju Tak Boleh Culas


KERAJAAN akan meminda akta perumahan sedia ada bagi mewajibkan pemaju membuat permohonan mendapatkan hak milik strata bangunan dalam tempoh enam bulan selepas surat perjanjian jual beli (SNP) ditandatangani.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung memberitahu Dewan Rakyat semalam, pindaan itu akan turut membolehkan sijil terbabit diperoleh pembeli rumah serentak ketika mereka menerima semua dokumen pembelian yang berkaitan termasuk sijil layak menduduki (CFO).

“Kementerian saya dalam proses menambah baik dan membuat pindaan kepada akta sedia ada. Kita sedar perkara ini (pemilikan sijil hak milik strata bangunan) menjadi satu masalah yang sering dibangkitkan pembeli rumah berstrata.
“(Kerana) buat masa ini memang tidak wajib bagi pemaju untuk buat permohonan mendapatkan hak milik strata bangunan selepas menandatangani perjanjian SNP...sekarang ini lepas CF dikeluarkan baru mereka memohon.

“Itu pun kalau pemaju bertanggungjawab...tak apa...takut bila CF dah keluar, pembeli dah masuk rumah dan mereka tak buat (mohon hak milik strata)...ini memang masalah,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) kenapa kerajaan tidak menjadikan syarat kepada pemaju projek perumahan supaya mengutarakan permohonan sijil hak milik strata lebih awal. Dr Siti Mariah berkata, tanpa hak milik strata yang dikeluarkan Pejabat Tanah Daerah menyebabkan penduduk harta berstrata sukar membentuk Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB).
Kepada soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai tindakan ke atas kerajaan negeri khususnya di bawah pentadbiran pembangkang yang menyebabkan rumah mesra rakyat atau rumah untuk golongan kurang berkemampuan terbengkalai, beliau berkata akan mengambil tindakan susulan sekiranya menerima aduan.

4 comments:

  1. barulah boleh bentuk JMB kalo dah ade pemilikan strata kan.seri kejora ni tak tau la status camne..ni kene tanye WW ni

    ReplyDelete