Tuesday, February 28, 2012

Seri Kejora : Hostel Kolej Segi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua penduduk di Seri Kejora.


Ada berita yang masih panas yang bakal berlaku di kejiranan kita. Terdapat 8 buah rumah bakal disewakan kepada penuntut Kolej Segi Kota Damansara. Perkara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari segenap lapisan umur penduduk di Seri Kejora. Kebanyakannya membantah pendudukan ini.




Dari mulut ke mulut, dari pengalaman2 mereka yang pernah menghadapi situasi ini, dari mereka yang masih mendidiami kawasan yang terdapat penuntut Kolej Segi. Boleh dikatakan hampir 99% mengatakan terdapat banyak keburukan daripada kebaikan situasi ini. 


Kita sebagai pemilik, penduduk, penghuni di Seri Kejora inginkan ketenteraman dan suasana harmoni dari kejiranan kita, namun perkara yang di impikan kita mungkin akan tinggal harapan bilamana pelajar ini akan menduduki kejiranan kita. Bukan bermaksud memandang serong kepada penuntut2 ini kerana kita juga pernah menjadi penuntut satu masa dahulu. Namun keadaan sekarang jauh berbeza bilamana remaja kita terdedah dengan perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri dan tempiasnya pasti kejiranan akan terasa.


Satu Memorandum Bantahan kepada pihak Kolej Segi, Agen Hartanah, Pemilik yang menyewakan unit (melalui agen), ADUN Kota Anggerik, Datuk Bandar Shah Alam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri Selangor dan pihak WHB telah pun dihantar pada pagi ini (28 February 2012). Memorandum ini dihantar berdasarkan pungutan suara dari penduduk Seri Kejora yang berasa kurang senang atau lebih mudah MEMBANTAH pendudukan penuntut Kolej Segi di kejiranan kita. 


Sebanyak 34% dengan bilangan 88 unit rumah telah menyatakan pendirian mereka bahawasanya mereka MEMBANTAH pendudukan ini. Bilangan ini kelihatan kecil kerana pihak persatuan gagal untuk menghubungi  pemilik rumah untuk mendapatkan reaksi merka, namun pungutan ini akan terus sehingga semua unit berjaya di hubungi. 


Dengan inisiatif sendiri, saya cuba untuk mendapatkan garis panduan berkenan perkara "rumah jadi hostel" di internet. Terjumpa satu garis panduan yang dikeluarkan oleh MPSJ. Jika diperhatikan garis panduan ini boleh diguna pakai walaupun Seri Kejora berada dibawah bidang kuasa MBSA kerana garis panduan ini mencakupi peraturan yang ditetapkan oleh mungkin kerajaan Negeri Selangor. Anda boleh terus baca di sini


Berdasarkan garis panduan ini, kita dapati banyak kesalahan yang bakal dilakukan oleh pemilik unit yang membenarkan permis mereka disewa dan dijadikan asrama kepada penuntut. Harapan saya agar kita semua tahu akan kesalahan yang dilakukan dan kita akan pantau perkara ini dari masa ke semasa demi mewujudkan sebuah kejiranan yang bebas dari sebarang bala bencana dan jenayah.


Untuk mendapat maklumbalas dari pemilik Seri Kejora, satu alamat emel telah didaftarkan aiatu apartmentserikejora@yahoo.com untuk memudahkan komunikasi antara kita dan pihak berwajib di kemuadian hari.


Kami mohon jasa baik anda untuk menyatakan reaksi anda terhadap perkara ini dengan mengundi di sebelah kana blog ini. Terima kasih

No comments:

Post a Comment