Wednesday, February 29, 2012

Seri Kejora : Hostel Kolej Segi - Memorandum Bantahan

Atas permintaan ramai, di siarkan salinan memorandum bantahan yang dihantar kepada pihak berkenaan. Kepada pengunjung blog, diharapan dapat memberi respon kepada survey yang dibuat di sebelah kanan blog ini. Suara anda amat penting untuk para wakil blog untuk menjalankan tanggungjawab mereka seterusnya.



BERTARIKH :  28 FEB 2012

GABUNGAN PENDUDUK PANGSAPURI SERI KEJORA SEKSYEN U5 SUBANG BESTARI, 40150 SHAH ALAM SELANGOR, MEMBANTAH PENEMPATAN PELAJAR KOLEJ SEGI KOTA DAMANSARA DI PANGSAPURI SERI KEJORA.

Tarikh : 28 Feb 2012   

Konsortium Support Services, Kolej Segi Kota Damansara

Dan,

Pemilik Unit Di Pangsapuri Seri Kejora Yang Terlibat

Tuan/Puan,

BANTAHAN PENEMPATAN PELAJAR-PELAJAR KOLEJ SEGI DI PANGSAPURI SERI KEJORA

Merujuk kepada perkara di atas, kami Gabungan Penduduk Pangsapuri Seri Kejora yang mewakili pemilik, penduduk & pengewa pangsapuri ini dengan tegas MEMBANTAH PENEMPATAN PELAJAR KOLEJ SEGI DI PANGSAPURI SERI KEJORA.

Bantahan ini dibuat dengan merujuk kepada beberapa alasan yang di anggap amat munasabah hasil dari rujukan dan hasil siasatan yang dilakukan ke atas kejiranan yang membenarkan penempatan pelajar-pelajar ini. Berikut adalah antara alasan kepada bantahan keras kami :-

1.
Berdasarkan pengalaman dan hasil siasatan di kejiranan lain, pihak kolej (Kolej Segi) tidak mampu untuk bertanggungjawab ke atas salah laku pelajar-pelajar mereka dan akan bersifat lepas tangan ke atas setiap masalah yang berlaku di luar waktu pembelajaran atau diluar kawasan kolej.

2.
Akan wujud pelbagai masalah sosial yang mampu mempengaruhi dan menjadi contoh yang buruk khususnya kepada kanak-kanak, remaja & belia penduduk. Ini berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan ke atas kejiranan berhampiran dan ternyata ianya memang berlaku.

3.
Pelajar-pelajar kebiasaannya cenderung mewujudkan suasana yang akan mengganggu ketenangan, ketenteraman dan keselesaan penduduk seperti berbuat bising, gejala maksiat dan pergaulan bebas, pergaduhan, kelakuan tidak senonoh, pakaian menjolok mata dan pelbagai masalah sosial yang lain. Ini adalah hasil daripada kaji selidik yang dilakukan pihak kami.

4.
Pengawal Keselamatan yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan penduduk sukar untuk membendung sikap pelajar yang bebas keluar masuk tanpa mengira masa dan gemar membawa “penghuni luar” yang akhirnya menimbulkan fitnah. Ini kerana pihak kolej tidak pernah menggariskan peraturan yang sewajarnya kepada setiap pelajar yang mendidiami pangsapuri ini.
5.
Kegagalan Pengawal Keselamatan mengawal aktiviti keluar masuk bukan penduduk yang akhirnya bakal mewujudkan aktiviti jenayah seperti kecurian, maksiat dan pembuangan bayi, vandalism dan sebagainya, ini terbukti berdasarkan liputan akhbar sejak akhir-akhir ini.

Bersama surat ini dilampirkan hasil pungutan suara berdasarkan tandatangan penduduk Pangsapuri Seri Kejora. Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin namun sebagai wakil kepada penduduk, kami sebulat suara serta dengan tegas menyatakan bahawa kami membantah sepenuhnya penempatan pelajar Kolej Segi di kejiranan kami.





Sekian Dan terima kasih.

Tuesday, February 28, 2012

Seri Kejora : Hostel Kolej Segi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua penduduk di Seri Kejora.


Ada berita yang masih panas yang bakal berlaku di kejiranan kita. Terdapat 8 buah rumah bakal disewakan kepada penuntut Kolej Segi Kota Damansara. Perkara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari segenap lapisan umur penduduk di Seri Kejora. Kebanyakannya membantah pendudukan ini.




Dari mulut ke mulut, dari pengalaman2 mereka yang pernah menghadapi situasi ini, dari mereka yang masih mendidiami kawasan yang terdapat penuntut Kolej Segi. Boleh dikatakan hampir 99% mengatakan terdapat banyak keburukan daripada kebaikan situasi ini. 


Kita sebagai pemilik, penduduk, penghuni di Seri Kejora inginkan ketenteraman dan suasana harmoni dari kejiranan kita, namun perkara yang di impikan kita mungkin akan tinggal harapan bilamana pelajar ini akan menduduki kejiranan kita. Bukan bermaksud memandang serong kepada penuntut2 ini kerana kita juga pernah menjadi penuntut satu masa dahulu. Namun keadaan sekarang jauh berbeza bilamana remaja kita terdedah dengan perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri dan tempiasnya pasti kejiranan akan terasa.


Satu Memorandum Bantahan kepada pihak Kolej Segi, Agen Hartanah, Pemilik yang menyewakan unit (melalui agen), ADUN Kota Anggerik, Datuk Bandar Shah Alam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri Selangor dan pihak WHB telah pun dihantar pada pagi ini (28 February 2012). Memorandum ini dihantar berdasarkan pungutan suara dari penduduk Seri Kejora yang berasa kurang senang atau lebih mudah MEMBANTAH pendudukan penuntut Kolej Segi di kejiranan kita. 


Sebanyak 34% dengan bilangan 88 unit rumah telah menyatakan pendirian mereka bahawasanya mereka MEMBANTAH pendudukan ini. Bilangan ini kelihatan kecil kerana pihak persatuan gagal untuk menghubungi  pemilik rumah untuk mendapatkan reaksi merka, namun pungutan ini akan terus sehingga semua unit berjaya di hubungi. 


Dengan inisiatif sendiri, saya cuba untuk mendapatkan garis panduan berkenan perkara "rumah jadi hostel" di internet. Terjumpa satu garis panduan yang dikeluarkan oleh MPSJ. Jika diperhatikan garis panduan ini boleh diguna pakai walaupun Seri Kejora berada dibawah bidang kuasa MBSA kerana garis panduan ini mencakupi peraturan yang ditetapkan oleh mungkin kerajaan Negeri Selangor. Anda boleh terus baca di sini


Berdasarkan garis panduan ini, kita dapati banyak kesalahan yang bakal dilakukan oleh pemilik unit yang membenarkan permis mereka disewa dan dijadikan asrama kepada penuntut. Harapan saya agar kita semua tahu akan kesalahan yang dilakukan dan kita akan pantau perkara ini dari masa ke semasa demi mewujudkan sebuah kejiranan yang bebas dari sebarang bala bencana dan jenayah.


Untuk mendapat maklumbalas dari pemilik Seri Kejora, satu alamat emel telah didaftarkan aiatu apartmentserikejora@yahoo.com untuk memudahkan komunikasi antara kita dan pihak berwajib di kemuadian hari.


Kami mohon jasa baik anda untuk menyatakan reaksi anda terhadap perkara ini dengan mengundi di sebelah kana blog ini. Terima kasih

Monday, February 20, 2012

Laporan : Ceramah Bersempena Maulidul Rasul 1433H

Assalamualaikum kepada semua penghuni Seri Kejora,


Jemputan pada notis board Surau


Alhamdulillah sesi ceramah bersempena Maulidul Rasul 1433H di Surau Seri Kejora telah memdapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk. Sungguhpun pihak AJK surau mempunyai masa yang singkat untuk mengaturkannya, namun aktiviti sulung ini boleh dikatakan berjaya dan sangat meriah.


Ramai x????


Ustaz Amir Hisham telah memberikan ceramah dengan sangat bertenaga dan aura beliau berjaya menarik minat kitadi kalangan kita. Orang muda, ceramahnya pun muda, bertenaga dan lawaknya pun lawak up to date, kata salah seorang penduduk.


 Penuh Semangat


Bertenaga dan penuh emosi


Makanan pada malam itu ditaja sepenuhnya oleh Restoren Al-Wadud, restoren Chanburi dan satu lagi restoren tapi saya x ingat. Harap maaf. Terima kasih daun keladi, kalau boleh tajalah lagi.......


Hidangan jamuan

Kepada yang x berkesempatan pada malam itu, Ustaz Amir Hisham banyak menyentuh tentang aqidah umat Islam pada zama ini seperti aurat, isu bertudung, atika berpakaian dan bayak lagi. Sesuatu yang sangat menarik minat kami ialah : tutup aurat tu termasuklah dengan tidak menampakkan warna kulit. Banyak lagi pesanan yang disampaikan oleh beliau. InsyaAllah jika diizinkan Allah, kita akan menganjurkan lagi majlis ilmu seperti ini.























Wednesday, February 15, 2012

Pengumuman : Jemputan Ke Ceramah Bersempena Maulidul Rasul 1433H - KEMASKINI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,





Seringkali lidah kita berselawat ke atas junjungan besar nabi SAW setiap kali bersolat. Tapi pernahkah kita ketahui siapakah Rasulullah SAW sebenarnya dan bagaimanakah perwatakan baginda? Sejauh mana anda mengenal Nabi Muhammad SAW. Semoga sedikit perkongsian ini akan memberi manafaat buat kita semua.

Cara Rasulullah S.A.W Berjalan
1. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, maksudnya: “Ali bin Abi Thalib menggambarkan sifat fizikal   Rasulullah S.A.W., “ Rasulullah S.A.W berjalan dengan mengangkat kaki, seakan-akan beliau    sedang menuruni tanak yang landai”. (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa`d dan Baihaqi)

Cara Bersandar Rasulullah S.A.W
1. Abu Juhaifah r.a meriwayatkan maksudnya: “ Rasulullah S.A.W bersabda,” Aku tidak akan makan sambil bersandar.” (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah ,Ahmad dan Baihaqi)

Cara Rasulullah S.A.W makan
1. Ka`b bin Malik meriwayatkan maksudnya, Selepas makan, Nabi S.A.W menjilat jari-jari beliau sebanyak tiga kali”. (Riwayat Tirmidzi)

Akhlak Rasulullah S.A.W
1. Aisyah r.a meriwayatkan maksudnya:” Rasulullah S.A.W bukanlah seorang yang keji dan beliau tidak pernah berbuat keji. Beliau tidak pernah berteriak-teriak di pasar.Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memaafkan dan berlapang dada. ( Riwayat Tirmidzi, Abu dawud dan Ahmad)

Cincin Rasulullah S.A.W
1. Anas bin Malik meriwayatkan maksdunya: “ Cincin Rasulullah S.A.W dibuat dari perak sedangkan mata cincin beliau adalah batu hitam Habsyi” (Riwayat Tirmidzi, Muslim ,Nasa`I ,Ahmad dan Ibnu Majah)
2. Ali bin Abi Thalib meriwayatkan maksudnya: “ Rasulullah S.A.W mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud , Nasa`I dan ibnu Majah)


Dalam memperingati baginda, pihak Surau Seri Kejora akan mengadakan satu sesi ceramah bersempena dengan Maulidul Rasul 1433H. Ceramah ini akan berlangsung pada 18 February 2012 (Sabtu malam Ahad) selepas solat Maghrib. Penceramah yang dijemput adalah Yang Berbahagia Ustaz Amir Hisham.

AJK Surau menjemput seluruh penduduk di Seri Kejora agar dapat berlapang masa untuk sama-sama kita mendalami ilmu yang akan di sampaikan. Ilmu Allah ini sangat luas, mungkin di majlis ilmu ini sedikit sebanyak dapat kita timba ilmu yang pasti akan menguntungkan kita di dunia dan akhirat yang pasti.

Sungguhpun surau kita masih baru, tetapi Alhamdulillah kita beruntung kerana ada pihak yang bermurah hati mewakafkan speaker beserta PA sistem untuk kita gunakan di Surau ini. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada pihak berkenaan, berdoa lah kia agar pihak tersebut beroleh rezeki yang bersih yang berterusan dari Maha Pencipta, Allah Ya Rahman.

Kepada kaum Hawa, anda juga boleh sama menghadirkan diri kerana sarau kita akan diasediakan ruang untuk wanita (solat pun boleh) namun ruang ini masih belum sempurma sepenuhnya kerana kita masih menantikan bidai pembahagi ruang (antara ruang solat lelaki dan wanita) yang masih dalam proses pembikinan. Bidai sementara dan langsir akan dipasang untuk memudahkan urusan anda kaum Hawa. Namun perlu diingat, aurat bukan sekadar ketika berada di surau atau masjid tetapi perlu dipelihara dari pandangan golongan yang bukan muhrim.

Bersempena dengan majlis ilmu ini kita juga mendapat tajaan makan dari pihak yang menyokong program kita ini. Alhamdulillah.....terima kasih kepada pihak terbabit.

Dan perlu kita ingat bahawa, untuk menjayakan program ini kita memerlukan dana yang mencukupi walaupun mungkin anada berfikir yang program kecil sebegini tidak memerlukan dana tapi yang pasti walaupun kecil masih memerlukan dana untuk menjayakannya. Sehubungan dengan itu, pihak surau amat berbesar hati kira ada antara saudara/saudari yang sudi menghulurkan seringgit dua untuk digunakan kini dan mungkin akan datang. 

Akhirnya, marilah kita sama2 menjayakan program ini untuk kita juga.

KEMASKINI


Alhamdulillah notis telah pun ditampal di kawasan lift di setiap blok dan pintu surau. Sejak semalam, kita telah mula menerima sumbangan dari orang perseorangan penduduk di kejiranan kita. Terima kasih diucapkan kepada yang sangat bermurah hati menderma. Semoga rezeki anda dibersihkan dan diberkahi Allah SWT. 


Pada malam ini, akan di adakan ziarah dari rumah ke rumah untuk mengagihkan nota jemputan untuk menggalakkan jumlah kehadiran pada malam majlis ilmu itu nanti. Pada masa yang sama, kita juga mengutip derma ikhlas daripada tuan & puan yang sudi menghulurkan seringgit dua untuk tujuan amal ini. Derma ini bukanlah MESTI cuma menyebarkan flyers itu adalah tujuan utama AJK surau.


Usahlah anda berpandang srong pada "orang masjid" ini. Mereka juga manusia biasa yang cetek ilmu agama dan ingin belajar dari hari ke hari. Berilah kerjasam yang baik dan ikhlas kepada mereka yang datang manziarahi rumah2 anda. InsyaAllah setiap ziarah itu membawa rezeki dan keberkatan kepada rumah2 anda. Pada masa yang sama, anda juga boleh mengenali wakil setiap blok kerana wakil blok akan mengetuai ziarah....InsyaAllah


Tuesday, February 14, 2012

Seri Kejora : Kebocoran Telah Di Atasi.

Assalamualaikum,

Ucapan terima kasih buat pihak yang sangat memberikan kerjasama dalam membaik pulih kebocoran yang berlaku. Terima kasih ini secara individu saya tujukan kepada wakil pihak WHB, Faizal yang cepat mengambil tindakan drastik. Juga kepada pekerja kontraktornya Ghafoor. Terima kasih sekali lagi. Walaupun x semua dapat diselesaikan.

Secara personal, saya mohon agar pihak pemaju dan kontraktor dapat menyelesaikansegala kecacatan yang berlaku di Seri kejora dengan pantas tanpa berkira2 untuk menyelesaikannya. Ni ada dengar cerita yang dah report sejak bulan 12 tapi sampai skang belum settle2 lagi. Ada yang dah naik give up follow up ke WHB tapi masih belum ada tindakan sewajarnya.

Wednesday, February 8, 2012

Seri Kejora : Apa Nak Jadi Ni????

Assalamualaikum kepada semua penduduk di kejiranan Seri Kejora.


Semalam ujan sangat lebat beserta ngan angin kuat melanda kawasan Subang Bestari. Alhamdulillah kita semua selamat. Bencan ni jugak melanda kawasan U14, Bukit Subang. Banyak rumah di pangsapuri di sana yang rosak kerana bumbung diterbangkan angin. Terutamanya rumah di tingkat 4 atau yang paling atas.


Semalam jugak rumah saya di Seri Kejora yang dibeli dengan harga RM120,000.00 dan baru diduduki 3 bulan menunjukkan tanda2 kelemahannya. Akibat dari ujan yang dibawa angin kuat, bilik pertama yang ke-2 yang ada tingkap jenis nako dimasuki air sehingga melimpah dan membasahi hampir keseluruh ruang bilik. Kalau air sikit2 bolelah dikatakan akibat angin yang terlampau kuat, tapi ni air masuk dengan banyak sampai terasa tempiasnya kalo kita dok dengan tingkap tu. Ni bukan sebab angin, NI DESIGN DEFECT!!












Sebelum ni memang pernah berlaku masuknya air ujan tapi cuma x banyak macam ni. Masih boleh dikawal dengan letak kain. Tapi kini terbukti kelemahan struktur senibina rumah kita. DESIGN DEFECT !! Bilik no 3 jugak dimasuki air hujan, tapi kesnya lain skit, bukan masuk ikut celahan tingkap tapi lantai bertakung air. bile diperiksa, air mungkin meresap masuk ikut dinding sebab sebelum ni pernah berlaku camtu. dah dilaporkan ke kontraktor WHB, Mr Omar tapi katanya mustahil. Bukti pun x dapat ditunjukkan sebab bila hujan saja kita dapat tau. Teruk rupanya bahan binaan, design, kepakaran dan servis kat Seri Kejora ni....HAMPAS!




Pernah saya laporkan perkara ni kepada wakil pihak pemaju, tau x apa depa kata....."Ooooo pasal masuk air ni abang kena tambah awarning" . Kepala bapak dia beli rumah pastu kene tambah aksesori plak ! Senang je bagi alasan camtu, kenapa masa buat design dulu x pikir benda ni semua.....bukan baru setahun jagung buat rumah.....BANGSAT!


Ni saya dah hantar official emel kepada WHB, haram depa nak balas. Dok lepas tangan camtu je. Untuk pengetahuan semua, ni bukan kali pertama saya anta official emel pasal kelemahan yang berlaku di Seri Kejora, masuk emel kali ni dah lebih dari 5 emel tapi pemaju WHB bersikap lepas tangan. BANGSAT!


Boleh dikatakan semua department dibawah WHB bersikap endah x endah tentang apa yang di ajukan.
1. Penyelengaraan - macam hampas......setiap soalan dijawab dengan alasan atau diam cam tunggul kayu buruk.
2. Customer Servis - Dapat emel, baca....pastu tunggu kot2 ada department lain yang jawab. Bangang!
3. Pengurusan - Dapat emel yang melibatakan masalah, baca pastu diam buat xtau. harapkan orang bawah buat kerja...tapi semuanya x boleh harap.


Saya cabar pihak pengurusan tertinggi WHB untuk turun bersemuka dengan saya atau penduduk/pemilik di Seri Kejora untuk kita rungkaikan permasalahan ini secara diplomatik dan berkesan.


Untuk pengetahuan semua ada info yang mengatakan berlakunya rasuah di Seri Kejora terutamnya bila kontraktor renovation memberikan imbuhan kepada orang2 tertentu bagi setiap rumah yang berjaya direnovate. Kesahihannya masih kabur.


Tu cerita rumah persendirian, ni plak cerita kejoranan Seri Kejora.


Sempat saya pergi membuat tinjauan di blok 2, lift basah kuyup sebab air tempias dari tingkat 5 terus turun melalui lift hingga ke tingkat 1. Cuba banyangkan kalau lift tu meletop dan melibatkan kehilangan nyawa....sapa yang haru bertanggungjawab? Come on la WHB, ni melibatkan nyawa dan keselamtan penduduk. DESIGN DEFECT !!! lagi......












Ni plak keadaan tong sampah kita.....mana tong sampah?????






Ni plak taman permainan yang rumputnya x dipotong atau trim.... Kesian kat budak2








Ni plak salah satu kereta yang diperhatikan tiada sticker tapi dibiarkan masuk ke Seri Kejora. Apa crita???