Assalamualaikum jiran-jiran sekalian,
Smlam satu notis pemberitahuan telah dikeluarkan oleh pihak pemaju kepada setiap untik yang didapati memasang geriji yang menyukarkan pembaca meter dari pihak SYABAS untuk mendapatkan bacaan tepat bagi bil air kita.
Sebenarnya desas desus ini telah bermain di sekitar Seri kejora sejak bulan lepas dan pelbagai andaian, cerita dari orang perseorangan tentang isu ini, namun pihak pemaju tidak pernah memaklumkan kepada penduduk sehinggalah notis ini dikeluarkan.
Ada yang mengatakan bahawa pihak WHB akan diambil tindakan undang-undang oleh pihak SYABAS kerana membahayakan pembaca meter mereka. ada pula yang mengatakan pihak SYABAS akan menghentikan bekalan air ke Seri Kejora jika masalah ini masih gagal diselesaikan. Namun ini hanya khabar yang kita perlu untuk tahu secara jelas. Jelas masalahnya, jelas jalan penyelesaiannya, jelas kesannya kepada kita penduduk.
Masalah ini timbul kerana pemilik memesang grill di depan kotak setiap unit dan bukan di pintu rumah masing2. Untuk makluman semua, jika dilihat, memang kita sebenar TIDAK BERHAK untuk memasang grill tersebut disini kerana unit yang dimaksudkan didlm SnP adalah dari pintu depan ke dalam rumah. So kotak tersebut bukan termasuk didlm perjanjian. Itu salah kita!
Namun, semasa kita hendak memasang grill disitu, kita pemilik telahpun mendapat nasihat dan pandangan dari pihak "site office" dan jawapan mereka terang dan jelas adalah "Ya, boleh". Grill yang dipasang disini juga adalah menjadi ikutan kerana pada mulanya, grill tersebut di pasang oleh kontraktor yang direcommend oleh pihak "site office" sendiri. Saya sendiri pun ada bertanyakan hal yang sama kepada staff WHB dan jawapannya sama, boleh. Sehinggakan saya juga memasang tile untuk kotak tersebut atas nasihat dan pandangan pihak WHB. So perlukah saya disalahkan dalam hal ini???? Fikirkan....
Mungkin kita punyai jalan penyelesaian yang lain untuk mengurang pembaziran yang bakal berlaku jika grill di alihkan. Mengikut kiraan kasar saya lebih kurang dalam RM300 - RM600 bergantung pada jenis grill. Sama2 kita fikirkan jalan penyelesaiannya dan sepatutnya kita pemilik tidak disalahkan 100% kerana kita mendapat nasihat terlebih dahulu sebelum grill dipasang.
Mungkin ini keterlibatanya :
1. Pemilik - Salah memasang grill sehingga membahayakan pembaca meter SYABAS.
2. Pemaju (WHB) - Salah memberi info, nasihat dan kebenaran tanpa memikirkan kesannya, gagal memasukkan sebarangan peringatan didalam buku undang2.
3. SYABAS - Selepas bulan ke-5 (lebih kurang) , pihak SYABAS baru memaklumkan tentang hal ini. kenapa selepas 5 bulan masalah dikesan?
Ini adalah dari persepsi saya sahaja, mungkin ada yang betul dan ada yang tidak...maaf didahulukan.
KEMASKINI
Emel balasan dari SYABAS
Salam Sejahtera,
Merujuk kepada e-mel yang kami terima dari pihak Tuan.
Untuk makluman, pihak SYABAS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa.
Berikut dikepilkan notis yang telah dikeluarkan kepada pihak pemaju Worldwide Holding Berhad oleh pihak SYABAS. Untuk maklumat notis pemberitahuan tersebut dispesifikkan untuk Bintang Apartment sahaja di mana pemaju adalah sama dengan pemaju Tuan. Sehingga sekarang kami belum mengeluarkan notis khas kepada Kejora Apartment.
Kami memohon maaf sekiranya terdapat sedikit kekeliruan di dalam email kami yang lepas.
Dan dibawah adalah notis yang diperkatakan dalam emel di atas.
No comments:
Post a Comment