Thursday, September 29, 2011

Projek Worldwide : Apartment Seri Kejora Dan Masalah Terbaru

Desas desus dari pihak tertentu mengenai masalah kronik Seri kejora kini ternyata benar dan di akui oleh pihak SYABAS sendiri. 

Dibawah adalah emel balasan dari pihak SYABAS :

Salam Sejahtera,


Merujuk kepada e-mel yang kami terima dari pihak Tuan.


Pihak kami telah menerima maklumabalas dan penjelasan yang diterima dari bahagian yang berkenaan . terlebih dahulu, pihak SYABAS ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan yang ingin mengetahui situasi sebenar berkenaan pembangunan seperti yang tersebut di atas.


Untuk makluman pihak tuan, pembangunan ini mendapatkan bekalan air melalui meter air pukal yang dipasang pada jajaran paip masuk ke pembangunan ini dan juga juga meter air individu untuk setiap unit premis / rumah yang telah dibina. Pembangunan ini telah mendapat kelulusan pengambilalihan sistem paip air luaran melalui borang EPS 19C bertarikh 10.08.2011 yang telah ditandatangani oleh pihak pengurusan tertinggi SYABAS di Ibu Pejabat.


Ingin dinyatakan di sini bahawa pihak SYABAS tidak pernah memberikan kelulusan dan tidak pernah membuat pemeriksaan bagi sistem perpaipan dalaman (selepas meter pukal) pembangunan yang dinyatakan oleh kerana pembangunan tersebut menggunakan kaedah CCC (dengan mengemukakan Borang G5). Borang tersebut ditandatangani oleh pihak Jurutera Perunding Mekanikal dan Tukang Paip yang telah dilantik oleh pihak pemaju.


Pihak SYABAS juga telah mengeluarkan sepucuk surat akuan pernerimaan dan penafian bertarikh 14hb Mei 2011 yang menyatakan bahawa pihak SYABAS tidak akan menanggung sebarang liabiliti dan bertanggungjawab di atas sebarang kekurangan pada sistem paip air dalaman pembangunan tersebut.


Pihak SYABAS telah membuat mendapat makluman daripada tukang paip yang dilantik oleh pihak pemaju menyatakan bahawa tangki air dalaman pembangunan ini telah mengalami masalah keretakan hingga menybabkan ia tidak dapat menampung kapasiti air yang sepatutnya ditampung dan ini menyebabkan bekalan air tidak dapat disalurkan dengan lancar ke premis / rumah yang telah siap dibina.


Oleh kerana kerosakkan yang berlaku terjadi selepas meter pukal yang telah dipasang, ianya menjadi tanggungjawab Pihak Pemaju, Jurutera Perunding Mekanikal dan Tuakng Paip yang dilantik oleh pihak pemaju untuk membuat kerja- kerja baik pulih pada tangki tersebut.


Semoga dengan penerangan yang telah diberikan di atas, pihak tuan telah mendapat gambaran yang sebenarnya berkenaan situasi pembangunan di atas.


Pihak SYABAS akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pengguna SYABAS dan sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan berhubung perkara ini.  

Terima kasih dan sila hubungi PUSPEL di talian bebas tol 1 800 88 5252 sekiranya tuan/puan memerlukan bantuan berhubung perkhidmatan air. Secara alternatif, tuan/puan boleh mengajukan sebarang pertanyaan/pendapat/aduan serta mendapatkan maklumat-maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air dengan mengikuti kami di  laman web twitter iaitu www.twitter.com/puspel atau facebook dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".

Yang benar,
HIZURITA BINTI ZAKARIA
PUSPEL
SYABAS 



Ini bermakna pemilik Seri Kejora akan membayar bil air kepada pemaju secara individu dan pemaju yang akan membayar kepada SYABAS secara pukal. So bagaimana dengan keistimewaan rakyat Selangor dimana kerajaan Selangor memberi 20 meter padu air percuma ?

Dalam kes ini, SYABAS sudah tidak lagi bertanggungjawab keatas apa yang terjadi kerana tangki yang dimaksudkan berada di bahagian atas setiap blok, itu tanggungjawab pemaju Worldwide.

Untuk makluman semua, secara lebih jelas, saya lukiskan keadaan tangki air di atas setiap blok

* Setiap blok mempunyai 6 buah tangki (3 besar untuk kegunaan tingkat 1,2,3,4 dan 3 kecil untuk kegunaan tingkat 5)

Kayu yang digunakan untuk melapik tangki tersebut sepatutnya tidak digunakan TAPI kerangka yang lebih kuat seperti besi atau steel, namun pihak pemaju mengambil langkah penjimatan kos dengan memilik kayu kerana lebih murah dan mungkin pada mereka pemilik tidak akan tahu apa yang terjadi di atas bangunan dan juga tidak menjejaskan appearance. 

Di sini kita boleh simpulkan bahawa Worldwide hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan bukan kebajikan penghuninya, Nasib kita sangat baik kerana ini berlaku sebelum pemilik memasuki rumah dan sebelum berlaku sebarang kecelakaan yang boleh meragut nyawa. Alhamdulillah.........

Kepada pemilik yang beragama Islam, mari kita sama2 berdoa ke hadrat Allah atas keselamatan kita dan berdoalah apa sahaja yang anda mahukan kerana "Doa org teraniaya, doanya makbul". Itu janji Allah. Berdoalah sejurus selepas membaca artikel ini.

Peringatan : Kepada yang berlibat dalam konspirasi ini, saya dan keluarga dan mungkin seluruh pemilik Seri Kejora tidak akan redha atas apa yang berlaku. Hasil menganiaya kami ini kamu suaplah ke mulut tanggungan kamu, isteri, suami, anak-anak kamu agar mereka menjadi SEBUSUK-BUSUK manusia. Itu keluh kami

Friday, September 23, 2011

Cara Membuat Aduan DIKEMASKINI

Ini yang terjadi kepada rumah saya, pada akhir Ogos 2011, saya telah membuat adun kepada Worldwide Site Office namun sehingga kelmarin kontraktor masih belum masuk untuk membetulkan aduan, sejak menghantar aduan, setiap hari saya follow up dengan pemaju tapi janjji kosong sahaja.

Namun semalam, 22 September 2011, desakan kepada Wolrdwide telah membuahkan hasil (dah hampir 30 hari) kontraktor mula masuk rumah untuk membuat pembaikan, malangnya, lain yang di adu, lain yang dibuat. Dalam keadaan marah, saya telah menghubungi pemaju dan bahasa kasar mula keluar, mungkin kerana terlalu kasar, pemaju telah menghantar PIC, En Faizal meninjau rumah dan segala macam aduan telah dijelaskan kepada beliau.

Untuk mengelakkan dari terjadinya perkara seperti ini lagi, mungkin kontraktor tu BANGANG. En Faizal menasihatkan agar, pemilik menanda kecacatan denagn menggunakan masking tape dan meletakkan arrow di atas masking tape tersebut. Setiap masking tape perlu ditandakan nombor seperti dalam form aduan yang dihantar ke pemaju untuk memudahkan kontaktor BANGANG buat kerja.

Saya menasihatkan semua pemilik untuk bawak sebatang kayu dan ketuk setiap keping mozek pada lantai dan dinding dan jika bebunyi kosong, masukkan dalam form aduan, Pada dinding yang retak, pastikan anda mengambil gambar dan kalo boleh korek skit biar nampak dari jauh. Ini sangat penting.

Ingat : Mengikut S&P, pemaju mempunyai 30 hari untuk melakukan kerja pembaikan, selepas itu, mereka diber 14 hari lagi untuk membuat kerja yang tertangguh dan jika masih belum selesai, kita ada hak untuk membawa masuk kontraktor luar dan betulkan dangan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh pemaju.

P/S : Makluman dari En Faizal lewat petang tadi, kontraktor telah bertekak dengan beliau. Ini kerana kontraktor bertegas yang masa 30 hari masih ade. Namun pada pandangan saya, kenapa kontraktor tunggu di saat akhir untuk melakukan pembaikan? Mungkin kita bakal jadi mangsa kontraktor yang mengejar masa. Hasilnya, pembaikan dibuat sekadar melepaskan batuk ditangga.

KEMASKINI 

Contoh cara membuat tampalan Masking Tape untuk memnunjukkan tempat kecacatan berlaku pada rumah anda.


 Ni pasal finishing yang depa buat sambil lewa je.

 Ni pun sama, finishing

 Ni kat daun pintu, pintu second hand ke Worldwide ni beli? 

Macam mane la nak letak pili air kat sini, nak masukkan playar pun tak boleh, ni la BANGANGnya kontraktor Worldwide

Mungkin pada Worldwide, develop rumah dengan harga rumah RM120K ni macam projek kecik kot pasal tu finishing dan segalanya sambil lewa je. Sebagai pembeli buktikan yang kita ada hak untuk 120K kita tu.

Memang Benarlah SYABAS Mendatangkan Masalah.....

Di Seri kejora, masalah yang sering dikatakan oleh pihak pemaju adalah berkaitan dengan SYABAS. Dari artikel ini, memang benarlah yang SYABAS pembawa virus MASALAH



LUAS: SYABAS perlu lebih profesional dalam isu air (Dari Malaysiakini, 23/09/2011)
(Boleh baca disini : http://www.malaysiakini.com/news/176621)
 
Pemantauan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di tujuh empangan dan sungai-sungai utama di Selangor mendapati kedudukan paras air di semua muka sauk bagi keperluan loji pembersihan air adalah baik dan tidak membimbangkan.

Pegawai penerangan LUAS, Ishak Kamaruzaman berkata, sumber air di Selangor masih dalam keadaan yang mencukupi dengan taburan hujan yang tinggi dicatatkan di banyak kawasan terutamanya kawasan tadahan air.
"Secara purata, paras air di empangan pada tahun ini adalah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Oleh itu, katanya, dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bahawa rizab air semakin menyusut adalah satu kenyataan yang tidak profesional kerana ianya telah memberi gambaran yang salah tentang kebolehdapatan sumber air di negeri Selangor.

Secara terperinci, kata Ishak, kedudukan tahap simpanan air empangan pada 20 September 2011 adalah seperti yang berikut :

1. Empangan Sungai Selangor pada tahap 78.34 peratus.

2. Empangan Sungai Tinggi pada tahap 85.78 peratus.

3. Empangan Batu pada tahap 100 peratus (melimpah).

4. Empangan Klang Gate pada tahap 100 peratus.

5. Empangan Tasik Subang pada tahap 95.64 peratus.

6. Empangan Sungai Langat pada tahap 100 peratus (melimpah)

7. Empangan Sungai Semenyih pada tahap 100 peratus (melimpah)


Berdasarkan pemantauan itu, tambahnya, dapat di buat kesimpulan seperti yang berikut:-

i) Purata paras air empangan pada tahun 2011 adalah meningkat berbanding tahun sebelumnya;

ii) Taburan hujan yang turun di kawasan tadahan air empangan adalah tinggi;

iii) Taburan hujan yang rendah bagi Empangan Sungai Selangor pada bulan Jun dan Julai adalah 48.11mm dan
49.26mm. Manakala taburan hujan yang rendah bagi Empangan Sungai Tinggi pada bulan Jun dan Julai adalah 182mm dan 110mm. Bagaimanapun pada bulan Ogos dan September taburan hujan kembali kepada keadaan purata iaitu 200mm;

"Semenjak 2011, semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor yang dikendalikan oleh syarikat konsesi air dan diagihkan oleh SYABAS.

"Apa yang perlu ditegaskan di sini, bahawa SYABAS adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan rizab air bersih dalam tahap 10 peratus. Namun apa yang pasti adalah rizab air bersih berada pada tahap 3 peratus hingga 5 peratus kerana loji tidak berupaya menambah pengeluaran.

"Sebagai syarikat konsesi yang bertanggungjawab untuk membekalkan air bersih kepada rakyat, SYABAS sepatutnya mengambil usaha untuk mengatasi masalah ketidakupayaannya dalam memastikan rizab air bersih berada dalam tahap yang baik," tegas Ishak.

SYABAS, katanya, perlu melihat teknologi terkini untuk merawat sumber air dan menaiktaraf loji-loji sedia ada bagi menambah kapasiti loji pembersihan air tersebut.

"Jika ada pun krisis air, ianya disebabkan oleh kegagalan loji pembersihan air untuk sentiasa memastikan bekalan air bersih mencukupi.

"Secara keseluruhannya, negeri Selangor mempunyai sumber air yang mencukupi untuk memenuhi permintaan.
"Langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi meningkatkan keupayaan loji pembersihan air untuk memenuhi unjuran permintaan dan rizab air bersih," tambah Ishak.

Wednesday, September 21, 2011

Masalah Meter Selesai, Masalah Bekalan Air Pulak ? DIKEMASKINI

Merujuk kepada En. Adha, (Project Team) Apartment Seri kejora di Worldwide Holding. Apabila meter siap dipasang, sepatutnya bekalan air juga turut telah tersedia namun itu tidak berlaku. En Adha mencadangkan agar pemilik sendiri menghubungi pihak SYABAS untuk mendapatkan status terkini.

Hasilnya, pihak SYABAS melalui pegawai perkhidmatan pelanggannya, Cik Salwani telah cuba untuk mendapatkan status untuk aprtment Seri Kejora tapi malangnya nama perseorangan pemilik rumah tidak dapat di kesan mungkin kerana pihak SYABAS belum mangemaskini data mereka. Meter air untuk Apartment Seri kejora juga telah didaftarkan atas nama Worldwide Holdings Berhad di Cawangan Jalan Templer, sepaptutnya ia harus didaftarkan di Klang.

Atas jasa baik Cik Salwani, beliau akan membuat satu aduan dan akan di ajukan kepada Bahagia Operasi SYABAS untuk tindakan lanjut. Beliau juga menasihatkan agar followup boleh dilakukan pada esok hari.

Dibawah, adalah emel yang di hantar ke SYABAS sebelum panggilan telefon dibuat :


KEMASKINI

Maklumbalas dari jika SYABAS melalui emel, mereka menjelaskan bahawa sebelum bekalan air disalurkan ada beberapa prosedur yang harus dipatuhi dan beberapa ujian harus dijalankan, namun apa ujian dan prosedur itu tidak dinyatakan namun kami telah membalas emel dari SYABAS dan bertanyakan apakah prosedur yang dimaksudkan naum SYABAS gagal memberi jawapan dan akan merujuk kepada Bahagian yang bertanggungjawab dan akan memberi penjelasan selepas itu.

Nasib pada hari ini sangat baik, lewat petang tadi kami berjaya berjumpa dengan PIC yang bertanggungjawab untuk Seri kejora, bernama Faizal. Beliau menyatakan bahawa pada minggu hadapan beliau akan melakukan ujian terhadap rumah pam untuk apartment ini dan berjanjji yang segalanya akan selesai pada minggu tersebut juga. 

Segala aduan yang di ajukan oleh pemilik juga akan diserahkan kepada En. faizal dan beliau akan memantau proses pembaikan, so kepada sesiapa yang masih belum tahu bagaiman untuk menghubungi Faizal sila emelkan kepada kami. InsyaAllah kami akan berikan. Faizal amat peramah dan sedia untuk membantu lagipun kita kan pemilik kediaman ini, sebagai pemilik memang itu yang perlu kita dapat.


Tuesday, September 20, 2011

Mungkinkah pembeli Apartment Seri Kejora, Subang Bestari Bakal Berdepan Dengan Masalah CF (CCC) ?


Jika diikuti rentetan apartment ini, jelas sekali pemaju WORLDWIDE HOLDING BERHAD tidak profesional dalam menantatangani masalah di sini. Rentetan yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

1. Surat dikeluarkan kepada pembeli dan pihak bank dengan menyatakan yang bangunan telah siap sepenuhnya, tapi TIDAK.
2. Surat penyerahan kunci dikeluarkan, sepatutnya CCC, air dan elektrik siap sepenuhnya namun TIDAK seperti yang sepatutnya.
3. Worldwide Holding berjanji akan menyelesaikan kecacatan rumah dalam tempoh 2 minggu (paling cepat) atau 1 bulan (paling lewat) namun itu pun TIDAK berlaku.
4. Mungkin kerana ramai yang mula call Worldwide Holding dan maki hamun atas alasan meter air dan air tidak disalurkan maka pemaju hanya memasang meter air sahaja yang bekalan air TIDAK ada.

Mungkinkah ini kesudahannya (sila baca petikan berita dibawah)


Mana CF rumah kami?
21/05/2009 Utusan Malaysia Oleh RASMI ABDULLAH

Pembeli pangsapuri Bestari menunjukkan dokumen perjanjian jual beli sebagai tanda mendesak pihak pemaju mendapatkan dengan segera Sijil Perakuan Menduduki Bangunan di hadapan pangsapuri itu di Seksyen 16, Shah Alam baru-baru ini. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Sabi

SHAH ALAM 20 Mei - Semuanya sudah siap sejak tahun 2004 lagi tetapi sehingga ke hari ini, Sijil Perakuan Menduduki Bangunan (CF) masih belum dikeluarkan ke atas pangsapuri Bestari di Seksyen 16 di sini.

Akibatnya, para pembeli bukan sahaja terpaksa terus menyewa rumah tetapi dalam masa yang sama, mereka terpaksa juga membayar ansuran pinjaman membeli rumah tersebut.

Pembeli mendakwa, kegagalan pemilik projek tersebut, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyiapkan kerja-kerja pembaikan kecil pada bangunan itu dan jalan ke kawasan letak kereta sebagai punca CF tidak dapat dikeluarkan.

Wakil pembeli pangsapuri itu, Zural' Aini Zakaria, 40, memberitahu, tindakan MAIS yang melengah-lengahkan penyiapan kerja-kerja tersebut menyebabkan penduduk terpaksa menanggung beban yang tidak perlu.

Menurutnya, sehingga kini, pembeli tidak dapat menduduki rumah baru mereka itu walaupun kerja-kerja itu sebenarnya boleh diselesaikan dalam masa yang singkat sahaja.

"Masalah sekarang ini hanyalah CF dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana pihak bomba sudah mengesahkan keselamatan lif manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah meluluskan sistem pendawaian elektrik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai kira-kira 30 pembeli pangsapuri itu mengadakan perhimpunan secara aman bagi mendesak MAIS menyiapkan projek itu dengan segera.

Katanya, projek pangsapuri setinggi 11 tingkat yang menempatkan 128 unit kediaman, 12 ruang perniagaan dan 17 unit pejabat itu dibina oleh Cosmopro-Planer Sdn. Bhd. dengan MAIS selaku pemilik tanah.

Bagaimanapun, apabila syarikat kontraktor itu diisytiharkan muflis pada Januari lalu, MAIS mengambil alih kerja-kerja pembinaan tetapi ia masih gagal diduduki sehingga sekarang.

Beliau juga kesal dengan sikap pengurusan MAIS yang sering berdalih apabila diajukan soalan mengenai CF tersebut.

"Dulu mereka cakap CF dapat selewat-lewatnya hujung bulan ini tetapi apabila saya hubungi baru-baru ini, mereka kata mungkin pada bulan depan pula.

"Berapa lama lagi terpaksa kami menunggu agar CF diperoleh dan mereka asyik beri tarikh baru untuk menyedapkan hati pembeli," ujarnya.

Zural' Aini berkata, mereka juga sudah tidak sanggup membuat aduan demi aduan kerana masalah itu tidak juga diselesaikan, sebaliknya berharap MAIS dapat bertindak segera bagi menamatkan masalah pembeli.

Seorang pembeli kediaman di pangsapuri itu Mohd. Jamil Abdul Aziz memberitahu, wang pencennya tidak cukup untuk membayar sewa rumah, bayaran ansuran pinjaman dan menyara lapan orang anaknya.

"Saya sangat-sangat berharap masalah ini dapat diselesaikan segera untuk meringankan sedikit beban kewangan yang saya tanggung ketika ini," katanya.

Seorang lagi pembeli, Mohd. Naizi Ahmad, 42, menyifatkan dirinya bagaikan pengemis yang terpaksa berjumpa, merayu dan meminta-minta dari pelbagai pihak agar masalah CF itu dapat diatasi segera.

"Mulanya saya amat gembira kerana dapat membeli rumah di kawasan bandar raya ini tetapi setelah lapan tahun menunggu, perasaan menyesal pula yang menghantui diri saya.

"Saya hanya bekerja kilang, berapa sangatlah pendapatan saya dan saya sudah tidak sanggup bayar sewa dan ansuran pinjaman setiap bulan," katanya.

Sunday, September 18, 2011

Pilihan Lain Untuk Renovate Rumah Anda

Di sini saya ada memberi pilihan selain kontraktor yang ada di sekitar Apartment kejora, ada di antara mereka yang mengaku "kontraktor Panel", namun itu bukan alasan untuk kita sebagai pemilik untuk bebas memilih design dan kontraktor yang kita suka.

Berdasarkan survey yang dilakukan, harga yang ditawarkan untuk :
1. Grill
2. Kabinet Dapur
3. Tutup satu laluan ke dapur
4. Dan sebagainya

boleh dikatakan tinggi dari harga pasaran, dan kadang kala, terlalu tinggi untuk benda yang sama tapi harga yang jauh lebih murah. Sila lihat pada tampalan, dn jika berminat sila emelkan kepada saya, saya akan forwardkan contact number kontraktor yang dimaksudkan. Saya bukan dapat portion daripada ini hanya sekadar melihat dari perspektif "value for money"

Saturday, September 17, 2011

Meter Air SYABAS


Lebih kurang pada jam 6.30 petang, 13 haribulan 9 2011, kami tersempak dengan vendor yang memasang meter air di blok 2 aprtment Seri kejora, syukur, akhirnya meter air secara fizikal telah dipsanag bersama dengan piping equipment seperti pancur mandian, paip sinki dan paip air yang lain.

Sebelum ini pihak pemaju berjanji akan menyediakan air lebih kurang 2 minggu dari tarikh 6/9/2011, terima kasih untuk itu, namun sehingga ke hari ini, 17/9/2011 hanya meter sahaja yang disediakan, bila pili dibukak, habus saja yang keluar. Inikah caranya pihak pemaju menyelesaikan masalah yang ramai pembeli kemukakan?

Cara penyelesaian yang diberikan tidak se gah reputasi yang hebat, malu! Kepada pemaju, kami pembeli tidak akan berdiam diri untuk ini, kami mungkin akan menyuarakan kekecewaan kami di masa2 akan datang, jika kami terus dipermainkan begini, kami akan cube untuk terus berurusan dengan pihak atasan kerajaan dan jika terus menerus diperkotak katikkan begini, adun akan dibuat terus kepada BPA (Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri). Itupun atas nasihat dari KPKT (Kementerian Perumahan Dan kajian Tempatan).

Kepada semua pembeli yang melayari blog ini, sila hadirkan diri anda dengan mendaftar sebagai follower atau hantar apa2 saja ke alamat emel yang telah diberikan dalam entry sebelum ini. Kami memerlukan sokongan anda kerana syak kami bahawa pihak pemaju mereleasekan kunci kepada kita hanya untuk mengejar tarikh tamat SnP. Untuk makluman anda, aduan pertama telahpun di ajukan kepada KPKT dan sedang dalam perhatian pihak berkenaan.

Friday, September 9, 2011

Portal Rasmi Kementerian Perumahan Dan Kajian Tempatan

Sila klik pada gambar unruk sebarang pertanyaan dan aduan.

PENGUMUMAN : Pemilik Unit Di Seri Kejora

Kepada semua pemilik unit Seri Kejora, terdapat banyak defect dan ketidaksempuraaan yang berlaku pada rumah kita. Diminta anda untuk menjadi follower di blog ini atau daftarkan diri dengan emailkan identiti anda ke alamat roy.zila@gmail.com.

Ini bertujuan untuk mendapatkan suara majoriti dari pemilik sendir agar segala rasa tidak puas hati dapat dilaporkan kepada pihak berwajib dengan mendapat sokongan ramai.

Suara anda amat diperlukan untuk memperjuangkan atau memeudahkan lagi proses penyempurnaan rumah kita.