Thursday, December 22, 2011

Surau Seri Kejora

Assalmualaikum untuk semua penghuni dan tuan tanah di Seri Kejora,


Alhamdulillah smalam program yang diuruskan oleh AJK sementara surau Seri Kejora nampaknya telah membuahkan hasil dan mendapat komitmen dari sebilangan penduduk di situ. Mungkin weekday kot, so x ramai yang dapat memberikan komitmen mereka. 


Hasil dari mini mesyuarat yang diadakan, surau kita telah pun ada AJK sementaranya. Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ketua (Wakil) Blok. Mungkin mereka ni akan memudahkan perjalanan penubuhan surau kita. Imam dan bilal pun boleh dikatakan berkaliber. 


Perlu diingat, ini adalah organisasi sementara dan organisasi tetap akan di adakan bila penghuni Seri Kejora ni telah masuk sepenuhnya, mungkin ada yang tidak setuju namun seperti yang dikatakan, ini adalah organisasi sementara. Kita sebagai penghuni, sepatutnya bersyukur kerana ada orang yang boleh menitik beratkan hal ni dan sanggup memikul tanggungjawab yang besar kerana niatnya adalah untuk menghidupkan surau kita. 


Kepada pengerusi sementara surau Seri Kejora, syabas dan tahniah diucapkan kerana bertungkus lumus dalam melakukan research untuk surau kita, untuk pengetahuan semua, beliau nilah yang cuba memdapatkan sebanyak mungkin maklumat dalam penubuhan surau kita dengan menghubungi pihak2 terlibat seperti JAIS, LZS, WHB dan lain2. SYABAS !


Diharap kewujudan organisasi surau Seri Kejora ni mendapat sokongan daripada anda semua, mungkin kita x dapat nak bagi komitmen tapi depa2 dibahagian organisasi ni sangat harapkan sokongan, bantuan, buah pikiran dari semua.


InsyaAllah sedikit masa nanti semua yang berjawatan dalam organisasi surau akan diberitahu. Jika ada di antara kita yang tidak setuju atas lantikan ni, diharap anda boleh emelkan kepada blog ini atau di ruangan chat kita. 

3 comments:

  1. saya amat yakin dgn pemilihan setiausha surau ini.. saya cadangkan ianya dikekalkan untuk organisasi tetap nanti :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah , maaf tidak dpt hadir. Nanti Join bile dah free.

    ReplyDelete
  3. alhamdullilah...sy baru je balik uma disweek. perasan ade 2-3 ore jemaah surau...x berkesempatan lagi nk bertegur sapa. inysaAllah nnt ble join

    ReplyDelete