Tuesday, October 25, 2011

Seri Kejora : Peringatan Untuk Renovation

Lame tak update blog ni pasal tak jumpa isu yang sesuai untuk di ketengahkan, namun tadi berkesempatan bersua muka dengan En. Omar (Kontraktor Seri kejora). Dah terjumpa tu, saya timbulkan isu bilik masuk air, so ikut kata beliau, air tu masuk dari tingkap tepi bilik master. So, diorang dah ada solutionnya, silicon akan dipasang apabila barang yang diorder dah sampai. So kepada semua pemilik rumah, tolong communicate dengan En. Omar untuk pemasangan silicon ni.

Lepas jumpa En. Omar, menjenguk ke rumah yang hampir siap di renovate dan terjumpa plak satu masalah, masalahnya ialah penutup lubang air untuk bilik air xda, so kalau kita jenguk dalam lubang saluran air keluar tu, akan nampak trus ke rumah bilik air rumah bawah. Jumpe dengan En. Faizal dan inform kat dia, dia pun naik ke rumah dan on the spot update perkara tu kepada kontraktor terlibat. So kepada kawan2 lain, check la penutup ni sebab dah terdapat 2 kes penutup ni xda. make sure penutup saluran air kita ada dan penutup saluran air rumah atas kita pun ada. Ni penting sebab, kalau xda penutup, samada rumah kita basah atau rumah bawah kita basah. Rasenya x salah kita berjiran ni saling tolong menolong, kebaikan dikongsi bersama.

Sebelum tu, En. Faizal ada pesan kalau boleh bgtau kat semua kawan2 yang kalau boleh tolong ingatkan kontraktor kita yang renovate rumah agar jaga sisa2 renovation dari mengalir terus ke lubang saluran air, x kiralah samada, di dapur, bilik air, tandas ataupun yard. menurut En. Faizal, dah ada kes pun saluran air tersumbat di blok 3. So, mintak jasa baik kawan2 untuk ingatkan dan kalau boleh pantau kerja2 kontraktor agar perkara yang lebih buruk x berlaku. InsyaAllah kita jaga sama2 kawasan kejiranan kita.

Sempat jugak saya bertanya tentang pelapik tangki air di setiap atas blok kita, sebab ada dengar cerita yang hanya blok 1 dan 5 sahaja kesemua pelapiknya di ganti, blok lain cuma 2 tangki shaja diganti. Tadi En. Faizal konfirmkan yang khabar angin tu x betul, untuk makluman semua, keseluruhan blok telahpun diganti pelapik tangki airnya. So boleh lah kita menarik nafas lega.

Gambar dibawah takda kena mengena dengan cerita di atas
(Sekadar berkongsi hasil kerja dari Charm Kitchen)

 Kabinet Dapur Bawah (8x6)

Kabinet Dapur Atas (8kaki)

Rak Pinggan (FOC)

 Kabinet Kecil Atas Peti Ais (FOC)

 Drawer 3 Tingkat & Aluminium Frame (FOC)

 Pintu Kabinet Berkaca - untuk atas hood (FOC)

10 comments:

  1. pepijat..

    lawa dapur dah renovate :)

    kalu boleh kongsi la lampu2 yg dah siap pasang..

    ReplyDelete
  2. Syas,

    Lampu belom pasang sepenuhnya lagi.

    ReplyDelete
  3. Bleh share harga tak & material ape..

    ReplyDelete
  4. pepijat alaf,

    ye saya pun nak tahu anggaran kosnya :) kalau sudi utk kongsiknnya :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous & aina,

    table top gune konkrit bertetulang berfinishing marble warna hitam. kerangka pintu dan badan kabinet guna chiboard berhabuk kasar, disalut dengan melamine berjalur putih melintang. Semua pintu di frame kan dengan aluminium. Pintu letak gas dan pintu bawah singki diberi lubang angin untuk pengudaraan.Pintu berkaca untuk bahagian atas cooker hood. satu pintu melintang menggunakan lepasan hidrolik.

    Anggaran dalam rm4,500 - rm5,000. Pada yang yakin hasil kerja org melayu boleh la try. pada yang yakin pada hasil tangan org bukan melayu pun masing2 bayar.

    Pada saya, berbaloi dengan kos nya sebab mamat ni x kedekut papan, bak kata org rumah saya.

    ReplyDelete
  6. aku rase aku pg umah hang td... rumah hang tingkat 4 ka....aku pi tgk hasil kerja En. Aziz...mula2 tak plan nak pasang plaster siling tapi En.Aziz bg harga mampu milik tu yg tak sabar nak bt dgn depa..

    ReplyDelete
  7. Shafiee,

    Betul la tu kot. So apa pandapat hang pasal hasil kerja depa? Ok ke x? Berbaloi kot dengan harga dia. Kalau hang nak tanya skit2 pasal camne nak buat plaster siling n cornice ni bole aku share pendapat aku. Yang penting kat ruang tamu kita tu. Beam tu limitation kita.

    ReplyDelete
  8. pepijat alaf,

    thanks krn sudi btahu anggaran harga kabinet dapur tu :)InsyaAllah hasil tgn anak melayu hebat2 belaka, kalau bkn kita yg bantu & puji sesama kita siapa lg kan.... :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, jika tak keberatan, boleh saya dapatkan floor plan atau ukuran untuk ruang dapur tak? saya tak sempat nak pi ukur balik, agak sibuk tapi plan nak jumpa tukang buat kitchen cabinet..

    ada sesiapa yang boleh membantu? terima kasih

    ReplyDelete