Saturday, October 15, 2011

Seri Kejora : Berapa Untung Worldwide?

Petang tadi, balik dari melawat rumah, dok belek2 website cari CONGUAS Standard. Standard ni menarik minat saya bila pihak kontraktor pemaju (Arah Cergas Sdn Bhd) menceritakan serba sedikit menegnainya. Tapi ni standard untuk Singapura ! Takkanlah Malaysia takda standard sendiri, cari punya cari, belek punya belek, rupanya Malaysia juga ada standard yang ditetapkan, dipanggil QLASSIC. Badan yang bertanggungjawab ialah CIDB

Sesuatu yang menarik saya jumpa di laman web CIDB tentang project Seri Kejora.


Tengok betul-betul item yang dikotakkan berwarna merah. Projek yang diberikan oleh pemaju Worldwide Holding Berhad kepada Arah Cergas Sdn Bhd bernilai lebih RM 20 juta, projek ini merangkumi :
1. Apartment Kos Sederhana (254 unit)
2. Pencawang Elektrik.
3. Padang Bola.

Saya syak apartment yang dimaksudkan adalh Seri Kejora kerana apartment kita memang ada 254 unit rumah pun seperti yang dipaparkan di website WHB.

Jom kita buat kira2 skit
Nilai Projek yang diberikan kepada Arah Cergas = RM20,657,589.61
Jumlah harga untuk 254 unit dgn harga RM120,000.00 = RM30,480,000.00.
Perbezaan Nilai Projek & Jumlah Harga Rumah =  RM9,822,410.39

Katakanlah, nilai padang bola dan pencawang elektrik adalah RM700,000.00

So, RM9,122,410.39 adalah jumlah yang boleh dikatakan keuntungan yang diperolehi oleh Worldwide Holding. Ini adalah kiraan kasar yang terlintas di fikiran saya agar kita semua boleh berfikir, berbaloikah dengan harga yang kita bayar dengan keadaan rumah yang kita dapat. Finishing memang out. Tu pun masih nak cut cost lagi ke?????

Brapa pulak untung yang Arah Cergas dapat?????

3 comments:

  1. keuntungn yg blipat kali gandanya pun mreka masih lagi aniaya kita.....

    apa salahnya mreka buat rmh tu sbaik mungkin ikut harga yg ditetapkn....bukannya rugi apa2 pun...tp itulah duit mguasai sgala2nya.....

    magsanya kita smua pghuni rmh pangsapuri seri kejora ni...

    Allahhu Akbar...smoga Allah sntiasa mlindungi org yag dianiaya...InsyaAllah...Amin...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sy ingin bertanya ade x cara ubtuk kt hantar aduan berkenaan ketidakadilan ttg pengurusan worldwide... Berkenaan hal service caj dah dibayar tetapi rumah x bole masuk lg sbb contractor lom betulkan lg defect rumah. Sepatutnya kt x perlu bayar full rm140...maybe bayar cket untuk sekuriti sahaja...sy rase teraniaya la sbb x bole masuk rumah lg....

    ReplyDelete
  3. Wsalam, ni pendapat saya,

    Anonymous, awak bole try communicate dengan pihak WHB untuk terangkan perkara ni, try berbincang dan dapatkan kata putus. Kalo perlukan awak anta official letter kepada Top management WHB, please proceed, kene buat kerja skit la.

    Then kalo still ada rase x puas ati, awak boleh laporkan ke tribunal pengguna. Tapi kene la makesure, awak dah berbincang dengan WHB dan awak x puas ati terhadap tindakan depa.

    So nanti, bile dah jumpa jalan penyelesaianya, boleh kongsi dengan kawan2 lain.

    ReplyDelete